Selasa, 28 Mei 2013
Sabtu, 25 Mei 2013
CONGRATULATION TO BAYERN MUNICH
WINNER UEFA CHAMPION LEAGUE 2013
"BAYERN MUNICH"
RESULT FINALE UEFA CHAMPION LAGUE:
FULL TIME:
BAYERN MUNICH (2) - BORUSSIA DORTMUND (1)
60' [0 - 1] M. Mandzukic
68' [1 - 1] I. Gündogan (pen.)
89' [1 - 2] A. Robben
#Bayern Munich
New European Cup winners table: Real Madrid C.F. 9, A.C. Milan 7, Liverpool FC 5, FC Bayern München 5, FC Barcelona 4, AFC Ajax 4, Inter Milan 3, Manchester United 3.
Khamis, 23 Mei 2013
NAMA SAYA BUKAN NASIR
VIDEO NI MEMPERLI IKLAN TV MCDONALD MALAYSIA YANG BERTUJUAN UNTUK SUPAYA KITA MEMBOIKOT PRODUK MCDONALD YANG MEMBIAYAI DANA UNTUK ISRAEL LAKNATULLAH.
TERBAIK DARI NAMA SAYA BUKAN NASIR...
Rabu, 22 Mei 2013
SOICHIRO HONDA (PENGASAS SYARIKAT HONDA MOTOR)
SOICHIRO HONDA
usahawan yang pertama dalam
rencana hari ini ialah pengasas bersama syarikat honda motor iaitu
soichiro honda. dia dilahirkan di perkampungan di jajahan hamamatsu pada
1906. dia anak sulung daripada sembilan adik beradik, sebuah keluarga
miskin yang ayahnya merupakan tukang besi. lima daripada adik beradiknya
meninggal kerana kekurangan makanan sebelum membesar.
honda menunjukkan minat berkaitan dengan perkara mekanikal dan belajar
membetulkan basikal daripada bapanya tetapi tidak begitu berjaya dalam
persekolahan. dia hanya lulus darjah sepuluh pada 1922 dan menerima
perantisan di sebuah kedai membaiki kereta di tokyo.
selepas enam tahun selaku perantis, dia meminjam wang untuk membuka
kedai membaiki kereta di tempat tingganya. di sana dia menerima paten
yang pertama untuk reka bentuk jaring besi kereta menggantikan jaring
kayu.
pada 1938, honda bekerja siang dan malam membentuk
suatu acuan lingkaran piston untuk perbadanan toyota. dia melaburkan
semua wangnya dan juga barang kemas isterinya untuk membiayai usahanya
itu tetapi toyota menolak kumpulan pertama lingkaran berkenaan. dia
mengambil masa dua tahun lagi untuk menyerpunakan reka bentuknya, pada
masa itu jepun sudah bersedia untuk berperang.
apabila dia
sudah bersedia untuk mendirikan kilang lingkaran pistonnya, honda tidak
dapat memperoleh memperoleh bekalan simen, jadi dia dan orangnya belajar
membuat simen sendiri. barang honda begitu diperlukan ketika perang
sehinggakan toyota meminjamkan AS$260,000 untuk modal kerja dan honda
mula melatih wanit menggantikan pekerja lelaki.
kilang
honda dibom dua kali tetapi setiap kali diserang, honda akan berlari
keluar mengutip tong minyak yang dibuang oleh jet pejuang amerika ketika
mereka melalui ruang udara kilangnya. tong minyak itu padanya adalah
"hadiah ruman" kerana dapat digunakan sebagai bahan mentahnya. apabila
gempa bumi berlaku meratakan kilangnya dia menjual operasi lingkaran
pistonnya kepada toyota sebanyak AS$125,000.
selepas
perang, kekurangan minyak petrol merumitkan perjalanan di jepun. dia
begitu kecewa dan kemudiannya memasang motor kepada basikalnya. tidak
lama dia dihujani permintaan untuk ciptaanya.
pada 1948,
dengan pendapatan daripada perniagaan motorsikal dan bersama takeo
fujiwasa, beliau menubuhkan syarikat motor honda. pelaburan mereka
sebanyak AS$3,200 tidak mencukupi untuk syarikat mereka beroperasi, jadi
fujiwasa berurusan secara terus dengan pelanggannya untuk mendapatkan
wang. 5000 peniaga memberikan dana yang diperlukan dan honda mula
beroperasi. pada mula hanya mereka yang berminat menggunakan motorsikal
honda tetapi suatu kempen yang bijak, anda bertemu mereka yang baik baik
dengan honda, berjaya memperoleh pasaran penunggang motor untuk
suka-suka.
menjelang 1965, lima puluh peratus daripada
motorsikal yang dijual di amerika syarikat adalah honda dan syarikat
keretanya yang berusia dua tahun mula menempah nama sebagai pengeluar
kereta yang tercekap dan mesra alam.
ketika hayatnya, honda
bertanggungjawab menghasilkan hampir 450 ciptaan dan lebih 150 paten.
dia menerima anugerah doktor kehormat daripada universiti teknikal
michigan dan universiti ohio state dan reben biru jepun pada 1952. honda
meninggal dunia pada 5 ogos, 1991 di jepun.
Selasa, 21 Mei 2013
pereka fesyen, kelvin khoo memeluk agama islam
pereka fesyen terkenal, kelvin khoo memeluk agama islam. beliau memeluk agama islam pada 19 mei, pukul 3 petang. beliau mengucap dua khalimah syahadah dihadapan dan disaksikan oleh dr asri zainul abidin dan ustaz ismail kamus.
Ahad, 19 Mei 2013
KEBAKARAN RUMAH DI JALAN DURIAN, KG PASIR
Suami isteri rentung terperangkap dalam bilik
Johor Bahru: Kebimbangan sepasang suami isteri mengenai kebakaran yang meragut nyawa seorang pekerja bengkel menjadi kenyataan apabila mereka turut rentung dalam kejadian berasingan 10 jam kemudian, di Jalan Durian, Kampung Pasir di sini, semalam.
Dalam kebakaran jam 5.20 pagi, Mahmud Mohd Yusof, 60, dan isterinya, Halimah Khamis, 55, yang terperangkap dalam bilik rumah mereka, ditemui dalam keadaan rentung.
Terdahulu, pada jam 7.30 malam kelmarin, pasangan itu sempat melihat kebakaran sebuah bengkel kereta terletak 150 meter dari rumah mereka yang menyebabkan pekerja bengkel dikenali Wak Adi, 50-an, maut.
Bimbang terima nasib sama
Jiran mangsa, Ayu Susanti Suparto, 23, berkata selepas pulang melihat kebakaran di bengkel itu, pasangan berkenaan menyatakan rasa sedih dan kasihan mengenang nasib Wak Adi yang rentung.
Mereka bimbang jika rumah mereka terbakar dan menerima nasib seperti Wak Adi. Saya tidak menyangka, awal pagi ini mereka juga meninggal dunia dalam kebakaran, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Seorang lagi jiran, Robiatul Dermo, 55, berkata dia menyedari kemalangan itu ketika terjaga daripada tidur untuk ke tandas jam 5.30 pagi apabila melihat asap hitam melalui tingkap sebelum menjerit meminta pasangan itu keluar rumah.
Anak lelakinya yang tinggal di Taman Ungku Tun Aminah, yang kebetulan bermalam di rumah itu berjaya keluar menerusi tingkap yang dikopak dan cuba menyelamatkan ibu bapanya tetapi gagal kerana api marak dengan cepat, katanya.
Robiatul berkata, dia trauma apabila sempat melihat pasangan itu melambai tangan meminta tolong tetapi orang ramai tidak dapat membantu kerana api sudah marak.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Omera Omar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.24 pagi dan api berjaya dipadamkan jam 7 pagi.
Ketika tiba di tempat kejadian api sudah marak dan kita dimaklumkan ada dua mangsa terperangkap. Usaha menyelamat dilakukan tetapi mangsa sudah meninggal dunia, katanya.
ANGGOTA bomba melakukan siasatan di ruang tamu lokasi mayat pasangan suami isteri dijumpai.
KEDIAMAN mangsa hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.
"dipetik dari sumber berita harian"
Sabtu, 18 Mei 2013
Khamis, 16 Mei 2013
DR CHE ROSLI BIN CHE MAT
(ahli parlimen hulu langat)
YB DR CHE ROSLI BIN CHE MAT adalah antara ahli parlimen yang berprofil tinggi sama ada dari segi pendidikannya mahupun dari segi pengalaman kerjayanya.
Isnin, 13 Mei 2013
MEE UDANG
Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Tambahan:
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah.
POKOK JAMBU BATU KAT SEBELAH RUMAH DAH BERBUAH
10 khasiat buah jambu batu yang dimakan begitu sahaja:
1. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
3. Menurunkan paras gula dalam darah.
4. Mengurangkan berat badan.
5. Mengawal tekanan darah.
6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.
7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.
8. Meningkatkan kadar sistem metabolisme
9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.
10. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti)
Ahad, 12 Mei 2013
KHASIAT DAUN SIREH
Pokok ini ditanam oleh emak aku di sebelah rumah aje. ianya mudah ditanam dan cepat daunnya mula tumbuh. pokok ini memang sesuai ditanam di sekitar rumah kerana boleh dijadikan lanskap. warnanya yang kehijauan memang boleh memberi ketenangan dan memberi keindahan kepada keadaan persekitaran rumah. pokok ini selalu digunakan sebagai ubat alternatif dalan kaedah tradisional terutamanya orang2 tua kerana mempunyai khasiat dan manfaat yang tersendiri dalam aspek kesihatan. antara khasiat dan kegunannya ialah:
1. Batuk
Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci bersih daun tersebut dan rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bagian. Minum bersama madu.
2. Bronkitis
Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.
3. Menghilangkan bau badan
Ambil lima lembar daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum di siang hari.
4. Luka bakar
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu. Bubuhkan ke tempat luka bakar.
5. Mimisan
Siapkan satu lembar daun sirih yang agak muda, kemudian memarkan dan gulung. Gunakan untuk menyumbat hidung yang berdarah.
6. Bisul
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan dioleskan pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.
7. Mata Gatal dan Merah
Sediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus dengan segelas air sampai mendidih. Tunggu sampai dingin dan gunakan untuk mencuci mata dengan gelas cuci mata tiga kali sehari sampai sembuh.
8. Koreng dan Gatal-Gatal
Rebus 20 lembar daun sirih sampai mendidih. Gunakan air rebusan yang masih hangat untuk membasuh koreng dan gatal.
9. Menghentikan Gusi Berdarah
Rebus empat lembar daun sirih dalam dua gelas air. Gunakan untuk berkumur.
10. Sariawan
Ambil 1-2 lembar daun sirih kemudian cuci bersih. Kunyah sampai lumat dan buang ampasnya setelah selesai.
11. Menghilangkan Bau Mulut
Siapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih dan remas. Seduh dengan air panas lalu gunakan untuk berkumur.
12. Jerawat
Ambil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Seduh dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci muka. Lakukan 2-3 kali sehari.
13. Keputihan
Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2,5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.
14. Mengurangi ASID Berlebihan
Ambil beberapa daun sirih, cuci bersih dan olesi dengan minyak kelapa. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. Tempelkan di seputar payudara yang bengkak selagi masih hangat.
Sabtu, 11 Mei 2013
BUKU "BUDAYA USAHAWAN"
BUKU INI DITULIS OLEH ARWAH DATUK SALLEH MAJID (MANTAN PENGERUSI BSKL)
BUKU YANG MEMBERI INSPIRASI DAN SEMANGAT...
aku beli buku ni kat kedai badan cemerlang sdn bhd di plaza angsana, johor bahru...
Khamis, 2 Mei 2013
Langgan:
Catatan (Atom)