Ahad, 19 Mei 2013

KEBAKARAN RUMAH DI JALAN DURIAN, KG PASIR

 Suami isteri rentung terperangkap dalam bilik


 Johor Bahru: Kebimbangan sepasang suami isteri mengenai kebakaran yang meragut nyawa seorang pekerja bengkel menjadi kenyataan apabila mereka turut rentung dalam kejadian berasingan 10 jam kemudian, di Jalan Durian, Kampung Pasir di sini, semalam.

Dalam kebakaran jam 5.20 pagi, Mahmud Mohd Yusof, 60, dan isterinya, Halimah Khamis, 55, yang terperangkap dalam bilik rumah mereka, ditemui dalam keadaan rentung.
Anak lelaki pasangan itu berusia 30-an sempat menyelamatkan diri menerusi tingkap, tetapi gagal menyelamatkan ibu bapanya apabila api marak dengan cepat memusnahkan rumah mereka.


Terdahulu, pada jam 7.30 malam kelmarin, pasangan itu sempat melihat kebakaran sebuah bengkel kereta terletak 150 meter dari rumah mereka yang menyebabkan pekerja bengkel dikenali Wak Adi, 50-an, maut.

Bimbang terima nasib sama

Jiran mangsa, Ayu Susanti Suparto, 23, berkata selepas pulang melihat kebakaran di bengkel itu, pasangan berkenaan menyatakan rasa sedih dan kasihan mengenang nasib Wak Adi yang rentung.

Mereka bimbang jika rumah mereka terbakar dan menerima nasib seperti Wak Adi. Saya tidak menyangka, awal pagi ini mereka juga meninggal dunia dalam kebakaran, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Seorang lagi jiran, Robiatul Dermo, 55, berkata dia menyedari kemalangan itu ketika terjaga daripada tidur untuk ke tandas jam 5.30 pagi apabila melihat asap hitam melalui tingkap sebelum menjerit meminta pasangan itu keluar rumah.

Anak lelakinya yang tinggal di Taman Ungku Tun Aminah, yang kebetulan bermalam di rumah itu berjaya keluar menerusi tingkap yang dikopak dan cuba menyelamatkan ibu bapanya tetapi gagal kerana api marak dengan cepat, katanya.

Robiatul berkata, dia trauma apabila sempat melihat pasangan itu melambai tangan meminta tolong tetapi orang ramai tidak dapat membantu kerana api sudah marak.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Omera Omar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.24 pagi dan api berjaya dipadamkan jam 7 pagi.

Ketika tiba di tempat kejadian api sudah marak dan kita dimaklumkan ada dua mangsa terperangkap. Usaha menyelamat dilakukan tetapi mangsa sudah meninggal dunia, katanya.


                        Shahrul Huzaimi menunjukkan gambar kenangan ibu dan ayahnya.


                  Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam

ANGGOTA bomba melakukan siasatan di ruang tamu lokasi mayat pasangan suami isteri dijumpai.

                           KEDIAMAN mangsa hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.


"dipetik dari sumber berita harian"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...