Rabu, 22 Mei 2013

SOICHIRO HONDA (PENGASAS SYARIKAT HONDA MOTOR)


                                                      SOICHIRO HONDA
 
 
 
usahawan yang pertama dalam rencana hari ini ialah pengasas bersama syarikat honda motor iaitu soichiro honda. dia dilahirkan di perkampungan di jajahan hamamatsu pada 1906. dia anak sulung daripada sembilan adik beradik, sebuah keluarga miskin yang ayahnya merupakan tukang besi. lima daripada adik beradiknya meninggal kerana kekurangan makanan sebelum membesar.
 
honda menunjukkan minat berkaitan dengan perkara mekanikal dan belajar membetulkan basikal daripada bapanya tetapi tidak begitu berjaya dalam persekolahan. dia hanya lulus darjah sepuluh pada 1922 dan menerima perantisan di sebuah kedai membaiki kereta di tokyo.
 
selepas enam tahun selaku perantis, dia meminjam wang untuk membuka kedai membaiki kereta di tempat tingganya. di sana dia menerima paten yang pertama untuk reka bentuk jaring besi kereta menggantikan jaring kayu.
 
pada 1938, honda bekerja siang dan malam membentuk suatu acuan lingkaran piston untuk perbadanan toyota. dia melaburkan semua wangnya dan juga barang kemas isterinya untuk membiayai usahanya itu tetapi toyota menolak kumpulan pertama lingkaran berkenaan. dia mengambil masa dua tahun lagi untuk menyerpunakan reka bentuknya, pada masa itu jepun sudah bersedia untuk berperang.
 
apabila dia sudah bersedia untuk mendirikan kilang lingkaran pistonnya, honda tidak dapat memperoleh memperoleh bekalan simen, jadi dia dan orangnya belajar membuat simen sendiri. barang honda begitu diperlukan ketika perang sehinggakan toyota meminjamkan AS$260,000 untuk modal kerja dan honda mula melatih wanit menggantikan pekerja lelaki.
 
kilang honda dibom dua kali tetapi setiap kali diserang, honda akan berlari keluar mengutip tong minyak yang dibuang oleh jet pejuang amerika ketika mereka melalui ruang udara kilangnya. tong minyak itu padanya adalah "hadiah ruman" kerana dapat digunakan sebagai bahan mentahnya. apabila gempa bumi berlaku meratakan kilangnya dia menjual operasi lingkaran pistonnya kepada toyota sebanyak AS$125,000.
 
selepas perang, kekurangan minyak petrol merumitkan perjalanan di jepun. dia begitu kecewa dan kemudiannya memasang motor kepada basikalnya. tidak lama dia dihujani permintaan untuk ciptaanya.
 
pada 1948, dengan pendapatan daripada perniagaan motorsikal dan bersama takeo fujiwasa, beliau menubuhkan syarikat motor honda. pelaburan mereka sebanyak AS$3,200 tidak mencukupi untuk syarikat mereka beroperasi, jadi fujiwasa berurusan secara terus dengan pelanggannya untuk mendapatkan wang. 5000 peniaga memberikan dana yang diperlukan dan honda mula beroperasi. pada mula hanya mereka yang berminat menggunakan motorsikal honda tetapi suatu kempen yang bijak, anda bertemu mereka yang baik baik dengan honda, berjaya memperoleh pasaran penunggang motor untuk suka-suka.
 
menjelang 1965, lima puluh peratus daripada motorsikal yang dijual di amerika syarikat adalah honda dan syarikat keretanya yang berusia dua tahun mula menempah nama sebagai pengeluar kereta yang tercekap dan mesra alam.
 
ketika hayatnya, honda bertanggungjawab menghasilkan hampir 450 ciptaan dan lebih 150 paten. dia menerima anugerah doktor kehormat daripada universiti teknikal michigan dan universiti ohio state dan reben biru jepun pada 1952. honda meninggal dunia pada 5 ogos, 1991 di jepun.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...