Isnin, 12 Ogos 2013

Hujan Meteor Isnin 12/8/2013




Hujan Meteor ISNIN 12/8/2013

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ini sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2013/08/hujan-meteor-esok-1282013.html#ixzz2bjlaox5Q

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...