Khamis, 1 Ogos 2013
Soo Wincci tak tolak jodoh lelaki Melayu
SOAL jodoh pernah menjadi satu kerisauan buat penyanyi terkenal berdarah Tionghua, Soo Wincci.
Pernah dibadai kekecewaan sebelum ini, sedikit sebanyak membuatkan penyanyi berusia 28 tahun ini putus asa untuk menjalin cinta.
"Saya pernah cuba menjalin hubungan cinta sebelum ini tapi tak menjadi. Ada saja masalah.
"Memang ada rasa putus asa. Jadi, saya ambil keputusan untuk fokus pada karier," katanya kepada Sinar Harian Online.
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Wincci menyumbangkan sepasang kasut kepada pihak media yang membantunya selama ini.
Ketika ditanya soal kemungkinan jodohnya dengan lelaki Melayu, Wincci tidak menolak.
"Saya tak tolak kalau pasangan saya Melayu.
"Kerjaya saya boleh pilih nak itu nak ini tapi kalau jodoh tak boleh pilih," katanya yang belum pernah menjalin cinta dengan jejaka Melayu.
Tambahnya, "kalau orang itu bukan untuk kita, usaha macam mana pun, tetap tak jadi punya."
Kehidupan seharian Wincci terlalu sibuk sehinggakan Wincci hanya mempunyai waktu tidur yang terlalu singkat.
Ekoran terlalu sibuk, ayah Wincci pernah merajuk gara-gara terlalu susah untuk bertemu.
"Ayah saya marah sebab nak jumpa saya kena buat temujanji.
"Tapi sekarang dia dah faham," katanya sambil ketawa kecil.
Dalam perkembangan lain, Wincci baru saja mengeluarkan lagu terbaru sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Salam Aidilfitri.
Wincci bakal kembali ke Taiwan pada November nanti untuk meneruskan urusannya di sana.
Selain itu, Wincci juga bakal muncul dalam program TV terbaru yang bakal menjalani penggambaran selama tiga bulan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan