Jumaat, 2 Ogos 2013

Jimenez sah latih Johor DT



Johor Bahru: Bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jimenez sah akan membimbing Johor Darul Takzim (DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi kenyataan media diedarkan semalam, sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung pengganti Fandi Ahmad yang turut mendapat kepercayaan badan induk bola sepak negeri itu apabila dilantik Ketua Pembangunan dan Jururunding skuad Harimau Selatan.

Kini skuad Harimau Selatan yang sedang giat membuat persiapan menghadapi kempen Kumpulan B Piala Malaysia, bermula 20 Ogos ini dibimbing Azmi Mohamed, mengambil alih tugas Fandi yang memegang jawatan pengurus pasukan.
Status Azmi selaku jurulatih akan diambil alih Jimenez pada musim depan dan bekas jurulatih Johor itu akan tetap bersama Johor DT, bergandingan bersama pengendali dari Sepanyol itu bagi menghadapi kempen Liga M.

“Pertukaran itu bukan berpunca daripada kedudukan Johor DT yang berada di tangga ketiga Liga Super musim ini kerana ia tahun pertama kami beraksi dalam saingan Liga M.

“PBNJ juga berasa bangga dengan keupayaan Fandi membimbing skuad itu sehingga layak ke final Piala FA dan langkah melantik Jiminez selaku pengurus dan ketua jurulatih baru itu bertujuan memperkenalkan pendekatan taktikal dan teknik berbeza selain memupuk perubahan mentaliti positif pemain serta meningkatkan kualiti pengetahuan bola sepak kepada pemain.

dipetik dari akhbar "HARIAN METRO"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...