Rabu, 11 September 2013

Meteor meletup di tenggara Amerika Syarikat


Cape Canaveral: Sebutir meteor meletup di tenggara Amerika Syarikat malam kelmarin, mencetuskan cahaya terang benderang dan bunyi kuat seperti ledakan bom, kata pihak berkuasa.
Ketua pejabat pemantauan meteor Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Bill Cooke, berkata meteor terbabit muncul kira-kira jam 8.18 malam waktu tempatan melintasi Alabama dengan kelajuan 122,310 kilometer sejam, sebelum meletup di ruang udara Woodstock, kira-kira 48 kilometer dari Birmingham.“Letusan meteor sebesar bola besbal ini berlaku di atmosfera setiap hari, tetapi letupan kali ini terjadi berhampiran Birmingham dan ramai penduduk dapat menyaksikannya,” katanya.Lebih 180 penduduk tempatan melaporkan mereka melihat letupan meteor terbabit, ketika menyaksikan satu konsert di Birmingham.“Letupan berlaku awal malam, jadi saya dapat melihatnya,” kata Cooke.“Saya sangka saya melihat sebutir bintang jatuh dari langit tetapi ia kemudian bertukar warna menjadi hijau terang,” kata seorang pemerhati dari Anniston, Alabama dalam kiriman ke laman web Persatuan Meteor Amerika.Seorang penduduk yang tinggal di Manrietta dekat Lebuhraya Dallas berkata, beliau pada mulanya menyangka letupan itu mungkin bunyi mercun, tetapi ia jauh lebih besar dengan warna hijau terang sebelum menghilang.Meteor berkenaan bagaimanapun terlalu terang sehingga rangkaian kamera NASA tidak dapat merakamkan gambarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...