Isnin, 30 September 2013

Tahniah kerana Bandar JOHOR BAHRU bakal berubah wajah tidak lama lagi menjadi "SINGAPORE TOWN".


Johor tak naik had harga rumah rakyat asing

harga rumah

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan had harga rumah yang boleh dibeli oleh rakyat asing bagi mengawal kenaikan harga rumah di Johor, sebaliknya mengkaji pendekatan lain.

Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata meningkatkan had harga rumah yang boleh dibeli rakyat asing daripada RM500,000 ke RM1 juta tidak akan mengurangkan pembelian mendadak oleh golongan itu.

"Sebaliknya (kenaikan had harga rumah rakyat asing ke RM1 juta) akan hanya mendorong pemaju perumahan untuk meningkatkan harga jualan rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah projek hartanah D'Pristine @ Medini di Nusajaya, hari ini.

Beliau berkata jika kerajaan negeri meningkatkan had harga rumah untuk rakyat asing kepada RM1 juta, pemaju perumahan akan bertindak membina rumah-rumah dan premis perniagaan yang melebihi RM1 juta.

Kerajaan negeri kata beliau, sedang melihat pendekatan lain bagi mengawal pembelian mendadak rakyat asing terhadap rumah-rumah dan premis perniagaan di Johor untuk tujuan spekulasi.

Antara cadangan yang sedang dikaji oleh kerajaan negeri, katanya ialah tidak membenarkan rakyat asing menjual rumah yang dibeli mereka di Johor semata-mata untuk mengaut keuntungan.

"Aktiviti beli dan jual yang saya akui berlaku di negeri ini hanya menyebabkan harga kediaman meningkat dan selepas ini kerajaan negeri akan mengawal dan hanya pembeli tulen dibenarkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menegaskan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia bukan sahaja memberi tumpuan pada pelaburan syarikat luar negara, tetapi turut membuka ruang untuk penyertaan syarikat tempatan.

"Dengan adanya pelaburan dan penyertaan ini daripada luar, ia bukan sahaja menyumbang pertumbuhan ekonomi, tetapi turut membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk turut sama terlibat menjayakan sektor hartanah," kata beliau. - Bernama

sepatutnya rakyat asing perlu disekat membeli rumah di johor yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat johor itu sendiri. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. bagaimana rakyat hendak beli beli kalau harga rumah melampau sehingga RM500 ribu ke atas? kerajaan perlu kenakan cukai yg tinggi kepada rakyat asing terutama orang singapura yg membeli rumah di johor, itu salah satu cara untuk mengawal aktiviti pembelian rumah yg tidak terkawal oleh warga asing terutama rakyat singapura yg semakin menjadi jadi sekarang ini. satu lagi kerajaan perlu mengenakan had atau kuota kepada pemilikan oleh warga asing dan bertindak lebih tegas terhadap pemaju perumahan yg ingkar. lihat saja di bandar johor bahru baik dari rumah hingga ke tanah, begitu banyak dimiliki oleh rakyat singapura. ini semua angkara pemaju yg ingin mengaut keuntungan lebih tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. itulah sebabnya bandar johor bahru akan bertukar menjadi "singapore town". salah siapakah semuanya ini???  UMNO, MCA, MIC, DAP, PKR ATAU PAS???  atau ini semua puncanya sudah bermula ketika zaman TAN SRI MUHYIDDIN YASSSIN menjadi MB JOHOR lagi??  apa yg tan sri muhyiddin sudah lakukan ketika menjadi MB yg mengakibatkan perkara ini sudah hampir menjadi kudis dan sengsara kepada rakyat johor dan mengakibatkan tanah kita sendiri tergadai kepada orang luar terutama kepada orang singapore???.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...