Khamis, 19 September 2013

Mursi ikrar berjuang hingga ‘nafas terakhir’


Ratusan penyokong Mursi meneruskan demonstrasi di jalan-jalan utama sekitar Kaherah


KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir digulingkan Mohamed Mursi, berikrar berdiri teguh hingga ‘nafas terakhir’ untuk menentang rampasan kuasa tentera yang membawa kepada pemecatannya.

Sejak ditahan 80 hari lalu, beliau dibawa ke lokasi rahsia yang terus menjadi persoalan kepada jutaan penyokong dan keluarganya termasuk masyarakat dunia.

Difahamkan melalui laporan Press TV, Rabu lalu, peguam Mursi Mostafa Atteyah berkata, Mursi diberi kebenaran menghubungi keluarganya buat kali pertama sejak ditahan tentera 3 Julai lalu.

Dalam perbualan itu, Mursi memberitahu, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak meletak jawatan dan akan berjuang habis-habisan.

Sementara itu, agensi media Anadolu Turkey memetik dari satu sumber rapat keluarga itu sebagai berkata, Mursi masih menganggap dirinya sebagai pemimpin sah di negara Afrika Utara.

Sejak penggulingannya, ratusan rakyat terus melakukan demonstrasi sebagai mendesak pembebasan pemimpin itu dan menolak pemerintahan tentera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...