Rabu, 11 September 2013

Ribuan penduduk selatan Filipina lari


Zamboanga: Beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan selepas pertempuran baru tercetus antara pasukan keselamatan Filipina dengan pemisah Islam di selatan Filipina, ketika pertempuran memasuki hari ketiga.
Sekurang-kurangnya 13,000 orang kini berlindung di Stadium Sukan Bandar Zamboanga, ketika askar dan pemberontak bertempur di jalanan kejiranan kawasan pantai berhampiran yang ditinggalkan.Sediakan keperluan asas“Kami berusaha sedaya upaya untuk menyediakan keperluan mereka,” kata pekerja sosial kerajaan Beth Dy, tetapi menambah stadium terbabit hanya mempunyai empat buah tandas mudah alih dan tiada tempat untuk tidur.Beliau berkata kira-kira 5,000 penduduk dari enam kawasan yang terbabit pertempuran, tiba di situ sepanjang malam dengan sebahagian daripada mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mendirikan khemah di atas rumput.Di kawasan penempatan di Santa Catalina, tiga kilometer dari stadium itu, anggota marin Filipina berbalas tembak dengan kumpulan lelaki bersenjata yang menjadikan 10 penduduk sebagai perisai manusia.Kibar bendera putihSeorang jurugambar sebuah agensi berita antarabangsa berkata, ada penduduk dilihat melambaikan bendera putih yang diikat pada sebatang kayu.Orang ramai mula meninggalkan kawasan pertempuran seawal kelmarin, apabila kira-kira 180 gerila Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerbu enam kejiranan di bandar Zamboanga sehingga mencetuskan pertempuran dengan askar dan polis.Pegawai tempatan berkata semua enam kawasan terbabit menempatkan kira-kira 160,000 orang kebanyakannya beragama Islam. Seramai 180 penduduk digunakan sebagai ‘perisai manusia’ oleh kumpulan bersenjata terbabit.Serbuan berlakuSerbuan berlaku empat minggu selepas pengasas MNLF, Nur Misuari mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ ke atas ke atas wilayah berkenaan dan menggesa pengikutnya menyerang kemudahan kerajaan.MNLF menamatkan pemberontakan 25 tahun dengan perjanjian damai pada 1996, tetapi kumpulan serpihan Misuari melancarkan serangan hampir sama di Zamboanga pada 2001, sehingga menyebabkan dia dipenjarakan hingga 2008, apabila semua dakwaan ke atasnya digugurkan.Sejak itu Misuari menentang semua usaha damai kerajaan dengan kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro dan berkata ia akan meminggirkan MNLF dan mengingkari terma perjanjian damai 1996.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...