Ahad, 25 Ogos 2013

Ibu jeneral As-Sisi adalah berketurunan yahudi


Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahwa Israel terlibat lansung dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd Mursi lebih sebulan yang lalu.

Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu.

As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.

Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin.

Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir.

Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.

Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir, Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimi.” Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini.

Ada laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada Israel.

Rampasan kuasa itu disokong oleh golongan secular, Kristian Koktip, golongan sisialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini.

Menurut Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu.

Laporan media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi.

Menurut laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan penyokong Dr. Mursi.

Wartawan Mi’raj News Agency di Kaherah Dany Novery, mengesahkan hal ini.
Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh MINA.

Seorang lagi wartwan Mi’raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada kenderaan yang datang ke medan Rab’ah Adawiyah membawa peluru bertulis bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan.

Ketika Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.

Demikianlah yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi kepada Sheikh Al-AlAzhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera yang didalangi oleh Israel.

Seperti kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Ingatan Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: “Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini saja,” – Surah Toha, ayat 72.

Kini selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibatsecara lansung dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru, malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan Islam dan Islam sendiri diakhir zaman.
 

Asia Barat ‘lebur’ jika AS serang Syria

Asia Barat ‘lebur’ jika AS serang Syria
Askar Bashar mengangkat rakan yang cedera dalam pertempuran dengan pemberontak di Jobar, di pinggir Damsyik, semalam. - Foto AP

Damsyik: Kerajaan Syria menuduh pemberontak menggunakan senjata kimia kelmarin dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak menyerang Damsyik sambil menegaskan tindakan itu akan menyemarakkan keganasan di Asia Barat.

Tuduhan rejim Presiden Bashar al-Assad terhadap pembangkang dibuat ketika kumpulan bantuan antarabangsa berkata, pihaknya mengesahkan 355 kematian setakat ini akibat serangan senjata kimia Rabu lalu di Ghouta, pinggir Damsyik.

Berjiran dengan Israel

Syria mempunyai kaitan dengan Iran, gerila Hizbullah dan pergerakan pejuang Palestin. Negara itu juga bersempadan dengan musuh lama dan sekutu kuat AS, Israel.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kesan yang akan dihadapi negara itu jika Amerika Syarikat meneruskan tindakannya

Keganasan di Syria kini merebak ke Lubnan, Turki, Iraq dan Bukit Golan yang ditawan Israel. Anggota Hizbullah menyertai peperangan dengan menyebelahi tentera Assad.

Sementara itu, unit tentera laut AS semakin menghampiri Syria ketika Presiden Barack Obama mempertimbangkan tindak balas tentera terhadap dakwaan penggunaan senjata kimia oleh kerajaan Assad.

Pegawai pertahanan Amerika memberitahu The Associated Press, tentera laut menghantar kapal perang keempat dilengkapi peluru berpandu balistik ke Laut Mediterranean tetapi tanpa arahan lanjut mengenai pelancaran sebarang peluru berpandu ke Syria.

Obama menegaskan campur tangan segera dalam perang saudara di Syria akan menjadi satu masalah, kerana pertimbangan antarabangsa perlu mendahului serangan tentera.

Selepas Obama mengadakan pertemuan dengan pasukan keselamatan dalam negara kelmarin, Rumah Putih berkata, pegawai perisik AS masih cuba memastikan sama ada kerajaan Assad menggunakan senjata kimia dalam serangan awal minggu ini.

AS sedia bertindak

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel, berkata tentera Amerika bersedia mengambil tindakan ke atas kerajaan Syria jika mendapat arahan tetapi menegaskan, Washington masih membuat penelitian lanjut mengenai dakwaan serangan senjata kimia di negara itu.

“Obama sudah meminta Jabatan Pertahanan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan kami sudah melakukannya. Kami juga bersedia melaksanakan sebarang pilihan,” katanya.

sumber "berita harian".
 

Jumaat, 16 Ogos 2013

Mercedes-Benz perkenal model baru E-Class


Mercedes-Benz perkenal model baru E-Class
Kai Schlickum bersama Mercedes-Benz E-Class baru.                                       

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baru E-Class yang menampilkan reka bentuk lebih sporty serta disepadukan dengan sistem enjin lebih cekap yang disasar membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta mewah.

Menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan dan pelbagai ciri terkini terutama sistem yang dapat membantu menghindar kemalangan, E-Class 2013 dinobatkan sebagai siri E terbaik yang pernah dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Kai Schlickum, berkata E-Class terbaru itu turut mengorak langkah penting dari aspek keberkesanan dan ekologi apabila ia dipertingkatkan dengan enjin petrol suntikan langsung BlueDIRECT empat lejang.


“Kami meletakkan standard baru pada E-Class dari aspek keselamatan, reka bentuk dan keberkesanan yang memberikan nafas baru kepada segmen kereta mewah.

“Simbol ‘E’ itu terus berdiri sebagai peneraju bagi segmen itu,” katanya pada pelancaran Mercedes-Benz E-Class terbaru di Kuala Lumpur, semalam.

Dua varian

Di Malaysia, dua varian model itu dilancarkan semalam iaitu E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dalam kemasan Avantgarde, yang dipadankan dengan kotak gear baru, 7G-TRONIC PLUS. Varian E-400 pula dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
Varian berkenaan dalam kemasan Avantgarde dipadankan dengan komponen sporty manakala sistem keselamatan terkini iaitu bantuan halangan pelanggaran meningkatkan aspek keselamatan bagi menghindar kemalangan sama ada objek melintas mengejut mahupun lampu pintar anti-silau.

Sistem pemanduan pintar itu yang dapat membantu menghindar kemalangan dan beroperasi menggunakan sistem amaran berasaskan radar yang menyelaraskan bantuan brek bagi mengurangkan risiko pelanggaran belakang.

E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang MBM, Pekan, Pahang dan masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM366,888 serta RM405,888 di Semenanjung Malaysia.

E200 yang dipadankan dengan enjin 2.0 liter dan menjana 184 bhp dan tork 300Nm, memecut dari pegun hingga 100 kilometer (km) sejam dalam 7.9 saat manakala E250 pula dengan enjin sama menghasilkan 211 bhp dan tork 350Nm untuk memecut dari sifar ke 100 km sejam pada 7.4 saat.

Isnin, 12 Ogos 2013

Nasihat Badan Penyelamat Masjid al-Aqsa untuk Barcelona FC


 
Badan Penyelamat Masjid al-Aqsa kesal dengan tindakan seorang pemain FC Barcelona ke tembok ratapan pada Rabu (7/8). Badan ini menyebut pemain bola sepak asal Argentina itu ke Tembok Ratapan di Jerusalem ini, sama dengan "sokongan untuk yahudisasi Palestin."

Membantah tindakan Presiden FC Barcelona Sandro Rosell, lembaga ini menghantar mesej dan berkata "Pasukan bola sepak anda melawat wilayah Palestin yang diduduki. Selain itu pasukan anda juga membuat lawatan ke tembok ratapan di dinding barat Masjid Al-Aqsa. Tindakan ini bermakna sama dengan menyokong usaha Yahudi untuk menguasai Palestin. Mempunyai peminat besar di dunia, FC Barcelona telah menyakiti para peminat Muslim atas kunjungan ini. Kami menyampaikan kegelisahan atas kunjungan pasukan anda melalui mesej ini. "

Sebagai sebahagian daripada "Tour Perdamaian," FC Barcelona datang pada minggu lalu untuk menyumbang pada proses damai Timur Tengah, dengan melawat Israel dan Palestin.

Kekecewaan umat Muslim kian bertambah, apabila bintang bintang bola sepak Barcelona yang terkenal di dunia, Lionel Messi, berdoa di Tembok Ratapan. Dia juga memakai topi yahudi untuk berdoa seperti seorang Yahudi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Barcelona FC adalah agen Freemason dan sebagai umat Islam tidak perlu lah bersedih atas tindakan pujaan anda Lionel Messi melekat pada tembok ratapan ( Wailing Wall atau Kotel)
 

Hujan Meteor Isnin 12/8/2013




Hujan Meteor ISNIN 12/8/2013

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ini sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2013/08/hujan-meteor-esok-1282013.html#ixzz2bjlaox5Q

 

Facebook sebagai medium jualan: Elak tiga kesalahan ini




Semakin ramai orang sekarang menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium pemasaran untuk menjual produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Namun, sangat menyedihkan apabila Facebook menjadi satu medan membanjirkan atau ‘spam’ untuk menjual produk mereka.
Jika anda seorang usahawan yang ingin membina perniagaan untuk tempoh masa yang lama, anda perlu menggunakan Facebook dengan lebih berhati-hati dan mengelakkan tiga kesalahan utama yang saya akan terangkan di bawah.

Facebook bukan tempat membuat jualan

Orang yang anda jemput untuk ‘like’ halaman Facebook anda pasti tidak suka jika apa yang anda berikan kepada mereka ialah iklan semata-mata. Tidak siapa suka untuk disumbat dengan iklan setiap hari.
Pelanggan anda ingin mengetahui daripada anda sesuatu yang mereka boleh gunakan dalam kehidupan mereka. Contohnya, jika anda seorang penjual pakaian kanak-kanak, mungkin anda boleh berikan mereka tip penjagaan kanak-kanak atau kaedah menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Jika anda menjual kosmetik pula, mungkin anda boleh penuhkan Facebook anda dengan tip kecantikan untuk wanita dan dengan petua berguna sebegini, mereka akan menanti-nanti tip daripada anda. Hanya 1/6 daripada status anda boleh dibuat untuk pengiklanan.


Facebook bukan jalan sehala

Jika pada zaman dulu, semua syarikat membuat iklan yang sehala. Sehala bermaksud, pelanggan tidak dapat memberi maklum balas atau mengkritik syarikat ini.

Namun, keadaan pemasaran Internet hari ini nyata berbeza. Terutama apabila adanya Facebook dan Twitter di mana pemasaran menjadi jalan dua hala antara penjual dan pembeli.

Jika anda sekadar bercakap menyuruh orang membeli, mungkin ada 1 atau 2 orang yang membeli, namun untuk ramai orang membeli daripada anda, anda perlu bercakap bersama mereka.

Bercakap bersama mereka ialah anda perlu berada di dalam perbincangan mereka. Untuk berada di pihak atas dalam perbincangan ini, anda perlu mengetahui banyak ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda.

Dalam era ini juga, pelanggan mempunyai ruang untuk mengkritik perniagaan anda dan kritikan ini perlu dijawab dengan bijak. Anda tidak boleh tidak menjawabnya dan anda tidak juga boleh menjawabnya dengan emosi.

Anda perlu menjawab dengan bijak supaya pelanggan anda yang mengkritik (dan beribu orang lain yang melihat perbualan ini) akan lebih mempercayai anda.


Facebook (untuk perniagaan) bukan medan bercakap mengenai anda

Orang yang berada dalam Facebook anda tidak berminat dengan masalah perniagaan atau lebih teruk masalah peribadi yang anda hadapi. Mereka lebih berminat mengenai bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka.

Mereka tidak mahu tahu bahawa anda tersangkut dalam ‘traffic jam’ atau mengenai masalah yang anda hadapi dengan pekerja anda. Anda perlu sentiasa bercakap mengenai mereka. Memanglah ini nampak seperti keras. Tetapi inilah realitinya jika anda inginkan pelanggan yang datang bertali-arus.

Secara kesimpulannya, anda perlu memandang Facebook sebagai medan pemasaran jangka panjang anda untuk anda membina kredibiliti dan reputasi di mata pelanggan anda sebelum mereka membeli produk anda dan memberitahu rakan mereka pula.

 

Ahad, 11 Ogos 2013

Tiga petanda besar firaun moden Mesir bakal kecundang


1. Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah.

2. Berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :

a. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi.

b. Saluran TV " Arabiah" mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

c. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

d. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

e. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

f. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

g. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

h. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi.

3. Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera.
Sumber : Al Jazeera oleh rakan FB

Berita di bawah ini lebih menggugat Firaun/yahudi Mesir.

Sekumpulan anggota polis di Minya membantah tindakan memotong gaji mereka sambil melaungkan KAMI MAHU MORSI! KAMI MAHU MORSI!!.

 
 

 

Sabtu, 10 Ogos 2013

Askar kita kena tembak di sempadan


Lokasi kejadian seorang tentera ditembak di pagar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu
Hitam, semalam.
 
Mangsa diserang ketika meronda di laluan keselamatanBukit Kayu Hitam: Seorang anggota tentera parah ditembak penyerang tidak dikenali dalam satu kejadian di kawasan laluan keselamatan bersebelahan garisan sempadan Malaysia-Thailand, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Azamruddin Azizan, 26, dari Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (21 RAMD) cedera di bahagian bahu, siku kanan dan kedua-dua belah lutut selepas terkena peluru penabur dipercayai dilepaskan menggunakan senjata api dipercayai buatan sendiri.
Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Gua Musang, Kelantan, dikatakan sedang melakukan rondaan di kawasan laluan keselamatan berhampiran zon N9 bersama seorang lagi rakan setugas kira-kira jam 4.30 pagi, sebelum dikatakan ditembak dari arah sempadan.


Berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan mengesan kejadian mencurigakan ketika melakukan rondaan menggunakan motosikal apabila terpandang lampu suluh dari kawasan semak bersebelahan sempadan kira-kira empat kilometer dari laluan utama menghala Kompleks Kastam dan Imigresen Thailand di Sadao, dekat sini, sebelum berhenti untuk meninjau.

Bagaimanapun, selepas mengesahkan keadaan terkawal, mangsa yang baru hendak berlalu ke motosikal tiba-tiba ditembak dan rebah berlumuran darah.

Mangsa kemudian dibantu rakannya dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, menggunakan kenderaan tentera untuk rawatan lanjut. Keadaannya disahkan stabil.

Azamruddin ketika ditemui mengakui langsung tidak menyedari tembakan terbabit dilepaskan sehinggalah beliau rebah dengan kesan cedera.

Nampak cahaya lampu suluh

“Saya nampak cahaya lampu suluh dihalakan ke arah saya di sebalik pagar sempadan. Tidak lama selepas meninjau kawasan itu satu letupan kedengaran sebelum saya terus terjatuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam meluangkan masa lebih setengah jam meninjau kawasan laluan keselamatan terbabit terutama lokasi kejadian anggota keselamatan berkenaan ditembak.

Beliau tidak menolak kemungkinan tembakan terbabit dilepaskan penjenayah yang mungkin juga terbabit dalam kegiatan penyeludupan yang menjadikan sempadan Malaysia-Thailand sebagai laluan ‘operasi’ haram mereka.

“Kita sedar kawasan terbabit sering kali dijadikan sasaran penjeyanah terutama penyeludup untuk melakukan kegiatan haram. Namun, kejadian seperti ini sudah lama tidak berlaku, apatah lagi yang menjadikan anggota pihak berkuasa sebagai sasaran,” katanya.
 

Selasa, 6 Ogos 2013

Samsung Galaxy Note III arriving in September


Samsung has sent out invitations confirming that its long-awaited third-generation phablet, the Galaxy Note III, will be making its official debut on September 4, on the eve of the IFA trade show in Berlin, Germany.

And it will be an event that will be watched as keenly by competing device makers as it will by productivity-focused consumers.

Although Samsung is often accused of being a fast follower rather than a true consumer electronics innovator, it can claim to have invented, or at least popularized the phablet – mobile devices with a screen greater than five inches that combine elements of both smartphones and tablets.


When it launched the Galaxy Note, complete with 5.3-inch display and stylus back in 2011, also at the IFA in Berlin, it was treated as little more than a curiosity.

However, it went on to sell millions, spawn an equally successful sequel - the Note II - and to influence countless copycat products.

Two years on, LG, Sony, ZTE, Huawei and ASUS have all jumped on board the phablet bandwagon and there are persistent rumors that even Apple is considering much larger displays for future iPhone generations.

So, what do we know about the Galaxy Note III?

First off, it is expected to feature a 5.7-inch AMOLED HD display, a serious processor with 3GB of RAM in support and as big a battery as possible.

It will also feature much, if not all of the new Samsung-centric features recently unveiled on the Galaxy SIV, such as eye-tracking and smart page-scrolling.

However, unlike in previous years, Samsung might have to fight for attention.

HTC will also be unveiling what is widely expected to be a phablet version of its rather elegant One handset and, unlike Samsung, it will have Robert Downey Jr to help out.

The company has already started teasing consumers and the press alike with Vine and Instagram videos which hit the web on Monday (along with "leaked" images) that hint that something "big" is coming and that feature an elegant man – thought to be Downey Jr - carrying a briefcase, alighting from a helicopter.

Should you care?

Phablets are not for everyone.

Their sheer size means that many consumers will find them next to impossible to use with a single hand, but by combining features from both phones and tablets in a single device, they can offer the best of both worlds, particularly for those that want a bigger on-screen keyboard and the space to use two apps side by side.

Choosing a phablet
The device's biggest asset is its screen, so the higher the resolution, the better.

For this reason, if a device is offered with an OLED screen, take it - the colors and contrasts will be greater still, making it just as good for watching movies and gaming as for working.

A big screen needs a big battery. Because phablets are bigger than phones, they have more space inside for a battery.

Its performance will be measured in mAh so go for the highest number you can find.

Stylus or no stylus?

The truth is that any touchscreen device will work with a third-party stylus but some devices, like the Samsung Galaxy Note II are optimized for S-Pen stylus input which means that as well as being able to draw very accurate lines or highlight an individual letter in a page of test, they also offer other special features.

How deep are your pockets? This is meant in the literal sense.

How is it going to be transported – in a jacket, slipped into jeans or in a bag?

The device will need to match your wardrobe.

Likewise, is it comfortable and light enough to hold with a single hand and are there applications and features that optimize the screen for single hand input? - AFP/Relaxnews, August 7, 2013.

Ahad, 4 Ogos 2013

Majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim anjuran EC OLDBOYS 97's


majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh EC OLDBOYS 97's  yg merupakan bekas2 pelajar maktab sultan abu bakar. majlis berbuka ini mengumpulkan rakan2 sekolah mereka pada tahun 1997. majlis ini juga turut meraikan anak2 yatim dari persatuan insaniah. majlis ini diadakan bertempat di angah d&c bistro, extra southern city mall, taman suria, johor bahru pada hari jumaat, 2 julai 2013. antara juadah menu berbuka yg disediakan adalah grill chicken beserta kentang dan nasi, kuih muih dan buah-buahan beserta air bandung soda.

 
anak2 yatim yg diraikan

 
pihak penganjur
 
 
anak2 yatim memilih makanan untuk berbuka
 
 
menikmati juadah
 
 
berbuka puasa
 
 
juadah berbuka puasa
 
 
cikgu kpd bekas2 pelajar
 
 
sesi penyerahan duit raya kpd anak2 yatim dari persatuan insaniah
 
 
bermain bunga api
 
 
?????
 
 
lokasi kat angah d&c bistro, extra southern city mall, taman suria, johor bahru
 
 

Jumaat, 2 Ogos 2013

Jimenez sah latih Johor DT



Johor Bahru: Bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jimenez sah akan membimbing Johor Darul Takzim (DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi kenyataan media diedarkan semalam, sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung pengganti Fandi Ahmad yang turut mendapat kepercayaan badan induk bola sepak negeri itu apabila dilantik Ketua Pembangunan dan Jururunding skuad Harimau Selatan.

Kini skuad Harimau Selatan yang sedang giat membuat persiapan menghadapi kempen Kumpulan B Piala Malaysia, bermula 20 Ogos ini dibimbing Azmi Mohamed, mengambil alih tugas Fandi yang memegang jawatan pengurus pasukan.
Status Azmi selaku jurulatih akan diambil alih Jimenez pada musim depan dan bekas jurulatih Johor itu akan tetap bersama Johor DT, bergandingan bersama pengendali dari Sepanyol itu bagi menghadapi kempen Liga M.

“Pertukaran itu bukan berpunca daripada kedudukan Johor DT yang berada di tangga ketiga Liga Super musim ini kerana ia tahun pertama kami beraksi dalam saingan Liga M.

“PBNJ juga berasa bangga dengan keupayaan Fandi membimbing skuad itu sehingga layak ke final Piala FA dan langkah melantik Jiminez selaku pengurus dan ketua jurulatih baru itu bertujuan memperkenalkan pendekatan taktikal dan teknik berbeza selain memupuk perubahan mentaliti positif pemain serta meningkatkan kualiti pengetahuan bola sepak kepada pemain.

dipetik dari akhbar "HARIAN METRO"

Rahsia FAM bocor


DATUK K RAJAGOPAL

ONG KIM SWEE


Nama jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ada dicadangkan menggantikan Datuk K Rajagobal bagi mengendalikan skuad Harimau Malaya menghadapi baki aksi Kelayakan Piala Asia bertemu Bahrain dan Qatar.

Itulah rahsia yang terbocor selepas mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin, yang sebenarnya mencadangkan Rajagobal dipecat serta merta atau direhatkan terus daripada jawatannya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong ketika ditanya perkembangan itu mengakui terdapat cadangan Kim Swee dilantik sebagai pengendali sementara untuk membawa cabaran pada baki aksi Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Bahrain (15 Oktober dan 15 November) dan Qatar (19 November).


In Memory - Chua Boon Huat


The bad news early this morning is Malayaia yet lost another sports star in Chua Boon Huat. I read the bad news on Datuk Dr Ramlan's Facebook account.

Late Chua, 33, lost his life in an accident that happen at 2.25am on LDP (km10.4) near the Kelana Jaya LRT station when his Proton Perdana collided with a water tanker.
 

Some interesting fact I read on Facebook too posted by a friend:

Chua Boon Huat passed away at the age of 33 at 3.00 am (?). His car number is CBH 33 and on the hockey field he wears a number 3 jersey. Is it all coincidence?

Condolence to his family members. He will be remembered as among the best hockey player Malaysia had produced.

New Straits Times

dipetik dari blog my sukan

Siak meninggal dalam keadaan bersujud


Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika meninggal.


SHAH ALAM - Pengguna media sosial semalam, digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan.

Difahamkan, beliau yang dikenali sebagai Roslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor, petang semalam.

Berita kematian beliau yang dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yang turut memaparkan gambar jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kematiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian menghubungi individu yang dipercayai imam surau berkenaan, Sukor Atan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian berkenaan gagal kerana beliau tiada di rumah.

dipetik dari akhbar SINAR HARIAN

Khamis, 1 Ogos 2013

Soo Wincci tak tolak jodoh lelaki Melayu




SOAL jodoh pernah menjadi satu kerisauan buat penyanyi terkenal berdarah Tionghua, Soo Wincci.

Pernah dibadai kekecewaan sebelum ini, sedikit sebanyak membuatkan penyanyi berusia 28 tahun ini putus asa untuk menjalin cinta.

"Saya pernah cuba menjalin hubungan cinta sebelum ini tapi tak menjadi. Ada saja masalah.

"Memang ada rasa putus asa. Jadi, saya ambil keputusan untuk fokus pada karier," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Wincci menyumbangkan sepasang kasut kepada pihak media yang membantunya selama ini.

Ketika ditanya soal kemungkinan jodohnya dengan lelaki Melayu, Wincci tidak menolak.

"Saya tak tolak kalau pasangan saya Melayu.

"Kerjaya saya boleh pilih nak itu nak ini tapi kalau jodoh tak boleh pilih," katanya yang belum pernah menjalin cinta dengan jejaka Melayu.

Tambahnya, "kalau orang itu bukan untuk kita, usaha macam mana pun, tetap tak jadi punya."

Kehidupan seharian Wincci terlalu sibuk sehinggakan Wincci hanya mempunyai waktu tidur yang terlalu singkat.

Ekoran terlalu sibuk, ayah Wincci pernah merajuk gara-gara terlalu susah untuk bertemu.

"Ayah saya marah sebab nak jumpa saya kena buat temujanji.

"Tapi sekarang dia dah faham," katanya sambil ketawa kecil.

Dalam perkembangan lain, Wincci baru saja mengeluarkan lagu terbaru sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Salam Aidilfitri.

Wincci bakal kembali ke Taiwan pada November nanti untuk meneruskan urusannya di sana.

Selain itu, Wincci juga bakal muncul dalam program TV terbaru yang bakal menjalani penggambaran selama tiga bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...