Isnin, 17 Februari 2014

Good Luck Bayern Munich





UEFA CHAMPION LEAGUE 2013/2014

Thursday, 20 February 2014
Emirates Stadium
Arsenal vs Bayern Munich
3:45 AM

LIVE Astro Supersport


Selamat pulang Lim Teong Kim, Sentuhannya dinanti-nanti.


Lim Teong Kim

Bekas penolong jurulatih pasukan akademi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich Bawah 19 tahun, Lim Teong Kim dilantik sebagai Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelantikan bekas pemain kebangsaan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan akar umbi bola sepak di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN).

Beliau berkata, Teong Kim akan ditawarkan kontrak berkhidmat selama lima tahun dan akan memulakan tugasannya pada November ini.

Teong Kim akan memberikan komitmen dan dia mahu pastikan cabaran bola sepak negara pada 2019 dapat dicapai.

Kedudukan sebagai Pengarah Projek merupakan satu tugas yang berat kerana beliau akan bertanggungjawab untuk membangunkan bola sepak secara keseluruhan berbanding dengan Pengarah Teknikal," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Teong Kim adalah pemain bola sepak negara pertama bermain di Eropah bersama kelab Jerman, Hertha Berlin yang beraksi di Divisyen Tiga pada tahun 1987 dan sempat beraksi selama semusim di sana.

Selepas pulang dari Jerman, Teong Kim beraksi bersama Kuala Lumpur yang menyaksikan dia membantu pasukan warga kota itu meraih kejuaraan tiga kali berturut-turut Piala Malaysia pada tahun 1987 hingga 1989.

Kedah menjadi pasukan terakhir yang diwakili Teong Kim pada tahun 1992 dan 1993 sebelum anak jati Melaka ini bersara daripada dunia bola sepak dan memulakan kariernya dalam bidang kejurulatihan bersama skuad Bawah 13 tahun Bayern Munich pada tahun 2000 sebelum kontraknya tamat pada tahun lalu.

Di Bayern, beliau pernah bekerjasama dengan beberapa pemain ternama Jerman pada masa sekarang seperti Thomas Muller, Bastian Schweinsteiger, Diego Contento dan David Alaba.

Sementara itu, Teong Kim berkata, beliau bersedia untuk menyahut cabaran dalam membangunkan bola sepak negara berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki.

Tanggungjawab ini merupakan cabaran besar dan saya suka untuk menyahut cabaran tersebut.

Saya harap para jurulatih muda dan para pemain dapat belajar sesuatu daripada apa yang saya miliki ini," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, tempoh lima tahun yang diberikan untuk menggalas cabaran membangunkan bola sepak negara adalah tidak mencukupi.

Sepatutnya perlu lebih daripada itu, untuk menghasilkan pemain seperti Thomas Muller dan David Alaba sahaja memerlukan tempoh lebih lima tahun.

Ini bukan hanya melibatkan proses untuk membangunkan mereka sahaja tetapi kena bagi keseluruhan sistem itu betul," katanya.

"Lim Teong Kim is Malaysian..

last time he merajuk with FAM.. n then bayern munich elect him as coach to Thomas Muller and their youth team..and look what he thought Thomas Muller"

Ini adalah salah satu komen menarik tentang Lim Teong Kim. Lim Teong Kim dilahirkan di Melaka pada 26.8.1963 merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan era 80-an. Memulakan karier bersama skuad Melaka pada tahun 1983, beliau berpindah ke Selangor pada tahun 1984 dan bermain bersama skuad itu sehingga tahun 1986. Beliau mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama berpindah ke eropah. Beliau bermain bersama kelab Hertha Berlin yang bermain di divisyen 3 Jerman ketika itu selama semusim sebelum pulang ke Malaysia untuk bermain bersama Kuala Lumpur. Bersama Kuala Lumpur beliau berjaya memenangi Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut turut. Beliau menamatkan karier bola sepaknya bersama pasukan Kedah dan berjaya mendapat 75 caps bersama skuad kebangsaan

Lim Teong Kim merupakan penolong jurulatih bagi skuad bawah 19 kelab Bayern munich. Beliau memulakan karier kejurulatihan beliau pada tahun 2001 untuk skuad junior Bayern. Menurut beliau semasa berpindah ke German beliau agak sukar untuk menyesuaikan diri disana kerana masalah cuaca, makanan dan juga bahasa. Tetapi dengan keazaman yang kuat beliau akhirnya berjaya menyesuaikan diri di negara tersebut sehingga berjaya menjadi jurulatih dan yang lebih menarik beliau kini fasih berbahasa German.

Menurut beliau infrastruktur bola sepak Malaysia berada 30 tahun kebelakang berbanding kuasa bola sepak dunia lain seperti Jerman. Beliau juga turut menyatakan bola sepak Malaysia tidak akan berkembang selagi masalah ini tidak diatasi. Apabila diberi soalan "adakah pemain bolasepak Malaysia mempunyai kemampuan bermain di eropah" beliau menjawab, pemain sepatutnya bertanya kepada diri mereka sendiri sama ada sudah bersedia atau tidak untuk menerima cabaran yang hebat dari segi mental dan fizikal. Menurut beliau lagi Akhmal Rizal dan Rudie Ramli pernah datang ke Bayern Munich untuk sesi latihan. Mereka tinggal dan tidur di rumahnya di Munich. Namun selepas 3 minggu kedua-dua pemain ini mula menunjukkan tanda kebosanan dan ingin pulang ke rumah. Menurut beliau lagi

"A player must have the heart for it or they will fail. However, if a player has the ability, then he should try his luck in Europe."

"berharap beliau akan dipilih membimbing skuad bola sepak harimau malaya".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...