Isnin, 15 Julai 2013

Mengenali Sistem Perniagaan Francais

Pengenalan




Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.
Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan.
Bagi pemilik perniagaan atau francaisor, francais merupakan alternatif untuk mengembangkan perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga (francaisi).

Mengapa Francais ?

    • Kelebihan menjalankan perniagaan secara francais adalah perniagaan dan jenama sesuatu syarikat (francaisor) dapat diperluaskan melalui pihak ketiga (francaisi) yang akan melaburkan sumber-sumber seperti modal kewangan, masa dan tenaga.
    • Seseorang francaisi akan menguruskan perniagaan dengan lebih baik berbanding seorang pekerja kerana mereka mempunyai kepentingan secara langsung di dalam perniagaan tersebut.
    • Kerjayaan francaisi mencerminkan kejayaan francaisor dan sebaliknya.

 Kelebihan Sistem Francais Kepada Francaisor

  • Sistem operasi dan kawalan yang seragam.
  • Mekanisme yang berkesan bagi menembusi pasaran.
  • Berkembang dengan menggunakan modal yang kurang.
  • Alternatif kepada membuka cawangan sendiri (kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih panjang)
  • Berkongsi risiko dan tanggungjawab.
  • 'ECONOMIES OF SCALE' peningkatan dalam pengeluaran.
  • Struktur pengurusan yang terkawal - pengurusan dilakukan oleh usahawan (francaisi yang melabur dan oleh itu akan lebih komited daripada yang digajikan.

 

Terma dan Definisi

TermaDefinisi
Francaisor Orang yang memberikan francais kepada pemegang francais termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais.
Francaisi Seseorang yang diberi hak francais oleh pemberi francais tetapi tiada hak mensubfrancaiskan kepada orang lain.
Francaisi Induk Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaanya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu.

Jenis Francais
Secara kasar ada 3 jenis sistem francais
  • Francais Pengedaran Produk
  • Francais Format Perniagaan dan
  • Francais Pengurusan

Francais Pengedaran Produk
Model Francais Pengedaran Produk adalah serupa dengan perniagaan di mana melibatkan pembekal-peniaga. Akan tetapi pemegang francais dikehendaki mematuhi beberapa garis panduan. Contohnya: pemegang francais bersetuju untuk menjual hanya jenama pemfrancais sahaja. 
Contohnya, terdapat di satu kedai hanya menjual produk tertentu sahaja dan tiada produk lain. Iaitu pemegang francais menjual hanya produk pemfrancais sahaja. Dalam situasi ini pemegang francais diberi lebih banyak kebebasan berbanding dengan francais format perniagaan.
Contoh francais pengedaran produk ialah: Coca-Cola, Syarikat Kereta Ford, Exxon dan Osim.
Francais pengedaran produk tersebut mengedarkan produk yang bersais besar seperti kereta dan alat ganti kereta, mesin layan diri, computer dan inventori bagi kedai mesra.

Francais Format Perniagaan
Dalam Francais Format Perniagaan pula, integrasi perniagaan adalah lebih lengkap. Pemegang francais mengedarkan produk dan perkhidmatan di bawah tanda perniagaan pemfrancais. Pemegang francais juga menggunakan format dan prosedur pemfrancais dalam menjalankan perniagaan.   
Ada terdapat kontrak untuk mengikat perlaksaan tersebut. Perkara yang terlibat dalam kontrak tersebut ialah: nama pemfrancais, keadaan muhibah, produk dan perkhidmatan, prosedur, manual dan standard, sistem operasi pemasaran dan kemudahan sokongan.
Pemfrancaisan Format Perniagaan merupakan system francais yang paling popular dan ianya selalu dirujuk apabila memperkatakan hal pemfrancaisan. Contoh-contoh terkenal ialah: McDonalds, KFC, Famous Amos, Starbucks Coffee dan Dunkin’ Donuts.

Francais Pengurusan
Francais Pengurusan ini ialah sejenis perjanjian perkhidmatan dimana pemfrancais menyediakan kepakaran mengurus, format dan / atau prosedur berkenaan pengendalian perniagaan. Contoh Francais Pengurusan ialah: Hilton, American Idol dan Kedai UPS. 

Perkara yang perlu diambil kira tentang Pemfrancais
  • Membangunkan konsep francais
  • Penyelidikan Pasaran
  • Biasa dan faham tentang undang-undang dan peraturan tempatan
  • Menyediakan latihan dan sokongan kepada pemegang francais
  • Kriteria bagi memilih pemegang francais
  • Kawalan ke atas pemegang francais
  • Membekal produk dan bahan kepada pemegang francais
  • Isu-isu hak harta intelektual, contohnya pendaftaran tanda perniagaan 
Perkara yang perlu diambil kira tentang Pemegang Francais
  • Keuntungan francais dan tempoh yang diperlukan bagi mendapat balik pelaburan
  • Rekod prestasi pemfrancais
  • Sokongan yang telah diberikan kepada pemegang francais lain
  • Pengalaman dan keuntungan pemegang francais lain
  • Adanya persaingan
  • Modal yang diperlukan
  • Perkara yang dikehendaki oleh pemfrancais, contohnya: unjuran pendapatan, dan jadual tarikh membuka kedai baru.  
  •  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...