Rabu, 31 Julai 2013

Kematian Chua Boon Huat kehilangan besar untuk sukan negara: Pemimpin hoki


Kematian Chua kehilangan besar untuk sukan negara: Pemimpin hoki
KEADAAN kenderaan milik pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat (gambar kecil) yang remuk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi.

MELAKA TENGAH: Kematian pemain hoki kebangsaan kelahiran Melaka, Chua Boon Huat, 33, dalam kemalangan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), dekat Kelana Jaya awal pagi tadi, satu kehilangan besar untuk negara.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata terlalu sukar mencari pengganti pemain berkaliber seperti Chua yang menyumbang kudrat sejak berusia 17 tahun mewakili Malaysia.



Katanya, mendiang Chua yang baru saja menerima insentif kemenangan aksi negara di Johor Bahru dan Doha Disember 2012 pada satu majlis diibu negara malam tadi juga banyak membantu kejayaan Malaysia di persada dunia.


Kehilangannya yang juga satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam skuad negara turut dirasai menjelang persiapan negara menghadapi Kejohanan Hoki Asia di Ipoh 24 Ogos hingga 1 September depan

Sementara itu, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Md Yunus Husin merakam takziah kepada keluarga Chua dan berharap tabah menerima berita mengejutkan itu.

Katanya, persatuan akan turut menyumbang kepada keluarga mendiang sebagai tanda keprihatinan dan kesedihan di atas kejadian yang tidak di sangka itu.

Jenazah mendiang dijangka dibawa balik keluarganya ke Taman Semabok Perdana di sini dan dijangka disemadikan Isnin ini.

pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat meninggal dunia akibat kemalangan




PETALING JAYA - Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas kereta dipandunya melanggar lori siram pokok di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata, kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air di LDP dalam kejadian awal pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.- Bernama

Khairy ucap takziah kepada keluarga Chua Boon Huat




KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan takziah kepada keluarga pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi tadi.

Khairy menganggap kematian pemain itu adalah kehilangan besar kepada dunia sukan negara.
"Saya mewakili KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Beliau sudah banyak mengharumkan nama negara dalam sukan hoki di peringkat antarabangsa.


"Jasanya akan tetap dikenang sampai bila-bila," katanya sebelum memulakan sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Chua, 33, maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, apabila kereta Proton Perdana dipandunya terlanggar sebuah lori tangki air, dalam kejadian 2.25 pagi.

- BERNAMA

Neelofa kahwin enggan bermadu!


neelofa kahwin
KISAH rumah tangga Ashraf Muslim yang heboh diperkatakan minggu lalu, turut menarik perhatian pengacara dan pelakon berbakat besar, Nor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa lapor Sinar Harian.
Menurut Neelofa, biarpun jodoh merupakan ketetapan ALLAH SWT, namun sebagai seorang wanita dia mengharapkan tidak akan hidup bermadu apabila berumah tangga kelak.
“Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.
“Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri,” kata bekas juara Dewi Remaja 2010.
Bagaimanapun Neelofa berkata, kebanyakan wanita tidak suka hidup bermadu dan lebih rela bercerai supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
“Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah,” kata Neelofa yang lebih selesa mendampingi lelaki seusianya.
Turut menyimpan hasrat untuk berumah tangga, ia bagaimanapun belum menjadi keutamaan buat pengacara Nona yang sedang digosipkan dengan aktor kacak, Hans Isaac. Ini kerana fokusnya kini lebih terhadap kerjaya seninya.

gambar neelofa dan kakak kahwin
Neelofa dihari perkahwinan kakaknya
 
 

Selasa, 30 Julai 2013

Fandi bukan jurulatih JDT lagi




Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Takzim (DT) Fandi Ahmad kehilangan jawatan selaku ketua jurulatih dengan tempatnya digantikan jurulatih Johor, Azmi Mohamed berkuatkuasa serta merta bagi persiapan mengharungi saingan Kumpulan B Piala Malaysia yang bermula 20 Ogos ini.

Bagaimanapun legenda bola sepak Singapura itu masih bersama skuad Harimau Selatan selaku pengurus pasukan untuk berdepan cabaran T-Team, PKNS FC dan FELDA United. Azmi yang dihubungi semalam enggan mengulas lanjut berhubung pelantikannya selaku jurulatih sementara Johor DT tetapi mengesahkan sudah memulakan tugas pertama kelmarin seperti diarah pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
“Ya, saya sudah mulakan tugas dan kelmarin hari pertama bersama Johor DT. Itu saja yang saya boleh maklumkan,” kata Azmi.


Azmi yang pernah membimbing Johor FC musim lalu turut menaruh harapan semua pemain dan pegawai bersatu demi pasukan untuk memburu kejayaan.


“Pelantikan ini satu cabaran yang perlu saya pikul namun pemain serta pegawai harus bersatu dan bekerjasama. Lupakan apa jua yang berlaku dan tidak terbawa-bawa ke padang kerana ia pasti menjejaskan misi pasukan pada saingan Piala Malaysia.” Johor yang turut beraksi dalam Piala Malaysia akan dikendalikan penolongnya, Edres Selamat. Johor diundi bersama Selangor, ATM dan Sime Darby FC dalam Kumpulan A.


Perkembangan terbaru membabitkan Johor DT itu menguatkan lagi khabar angin mengapa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berusaha mendapatkan khidmat bekas jurulatih kelab Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jiminez yang dijangka berada di Johor Bahru sebelum saingan Piala Malaysia bermula.


Apapun sumber PBNJ berkata, belum ada maklumat rasmi jika keputusan itu dibuat Presiden Tunku Ismail Sultan Ibrahim selain menganggap apa yang dilakukan itu semata-mata bagi memastikan Johor DT menyinar dalam saingan Piala Malaysia.


“Senario itu seakan-akan sama seperti musim lalu ketika Fandi (Ahmad) menjadi pengurus dan K Sukumaran jurulatih Johor dalam saingan Liga Perdana dan pelantikan Azmi pula dilihat mampu mengukuhkan lagi kejurulatihan Johor DT.


“Pada pandangan saya, Fandi tetap bersama Johor DT dan beliau tiada masalah bekerjasama dengan Azmi serta Ismail Ibrahim. Mereka membabitkan kombinasi jurulatih berpengalaman kerana misi utama memburu kejuaraan Piala Malaysia,” katanya.

Johor DT juga hampir pasti mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar yang bakal menyarung jersi Harimau Selatan, dikhabarkan bernilai hampir mencecah RM6.1 juta (AS$2 juta). Dia akan tiba bersama-sama Jiminez dalam masa terdekat.
 
 

Sabtu, 27 Julai 2013

Penyokong Mursi dibedil menjelang sahur


Mohammed Mursi
Mohammed Mursi

Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur.

Insiden itu juga menyebabkan 300 yang lain turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.

Laporan Ikhwanonline menyebut, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.

Penyokong yang menjadi mangsa adalah mereka yang berada di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat.

Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun.

Semalam, himpunan aman besar-besaran yang digelar "Jumaat Furqan" oleh penyokong Mohamed Mursi berlangsung usai solat Jumaat.

Lautan manusia itu kemudiannya sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tentera Mesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka, awal pagi tadi.

 

Selasa, 23 Julai 2013

RESTORAN ANGAH D&C, TAMAN MUNSYI IBRAHIM



60 Seconds with Makanmana.my - Angah D&C (Western Food)

N0 90, JALAN BESAR, TMN MUNSYI IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR.

Jumaat, 19 Julai 2013

Pablo Aimar hampir pasti ke Harimau Selatan


Pablo Aimar 1

Desas desus kemasukan pemain ternama dunia, Pablo Aimar ke pasukan Harimau Selatan hampir pasti apabila diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Persetujuan itu hampir pasti yang akan menyarung jersi Merah Biru sekaligus mencorak kancah bolasepak Malaysia. Selepas kemasukan bekas penyerang Sepanyol, Daniel Guiza dimusim 2013, kini bekas pemain tengah Valencia CF pula akan membantu skuad Harimau Selatan mengemudi Liga Malaysia 2014 apabila kontraknya bersama kelab SL Benfica tamat pada 1hb Julai 2013 lalu.

Dilahirkan pada 3hb November 1979 yang kini berusia 33 thn, Pablo Aimar yang berasal dari Argentina pernah beraksi bersama skuad Kebangsaan dengan 52 penampilan dan menjaringan 8 gol. Perlawanan terakhir pada aksi antarabangsa adalah ketika bertemu Peru pada 11hb Oktober 2009 dibawah Jurulatih Diego Maradona.

Jika dilihat secara matematiknya, Pablo Aimar dilihat mampu membantu jentera serangan seperti mana beliau membantu SL Benfica di saingan UEFA musim 2011/12 dengan menyingkir Naib Juara BPL musim 2011/2012 ketika itu, Manchester United diperingkat kumpulan sebelum tewas kepada Chelsea di Suku Akhir agg. 3-1 yang ketika Chelsea dinobatkan sebagai Juara UEFA Champion League menewaskan Bayern 2-1.

Pablo Aimar yang sebelum ini tiba di Johor Bahru bagi mengadakan pertemuan secara peribadi dengan DYAM Tunku Mahkota Johor dan kelihatan menyaksikan perlawanan Johor Darul Takzim menentang Singapore Lions XII di Singapura telah menimbulkan pelbagai spekulasi Liga Malaysia.

Pablo Aimar vs Chelsea

Pablo Aimar vs Ac Milan
 
Pablo Aimar 3
 
 

Tragedi Berdarah Di Kota Makkah 1979


majidil-haram-diserang

Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman Wahhabi.

Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi.

Tarikh 20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan pada hari pertama tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa Imam Mahdi akan muncul dan ditabalkan pada hari tersebut. Beberapa hari sebelum serangan , mereka telah menyembunyikan senjata , peluru dan bekalan makanan yang secukupnya di dalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri dari depot senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan sebelumnya. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat di dalam Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.

Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979.

Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika itu , Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.

Sebagai tindak balas dari serangan tersebut Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper (penembak curi). Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korbanyang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu dihentikan.

Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara’ mengenai penggunaan senjata api di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama’ Arab Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama’ Arab Saudi mengizinkannya dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan Juhaiman.

Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Peranchis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah , Majlis Ulama’ Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan ‘tanah haram’ Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.

Komando GIGN Perancis yang “masuk Islam” untuk operasi pembebasan Masjidil Haram.

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi akan dijatuhkan kedalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Kesan selepas operasi serangan.

Selepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi.

Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang mendakwa “Imam Mahdi” terbunuh dalam serangan.

Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid. Ramai yang berpendapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan keputusan yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu hanyalah boneka Amerika Syarikat.

Pengikut Juhaiman yang telah ditahan.

Ketika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden. Insiden ini juga telah membakar semangat Osama dan beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab Saudi kerana kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.

Wallahu’alam.

Khamis, 18 Julai 2013

ILMU AKHIR ZAMAN - SHEIKH IMRAN HOSEIN




Ceramah: Islamic Eschatology (Ilmu Akhir Zaman) 2013 oleh Sheikh Imran Hosein (embed Malay)(240p)

Rabu, 17 Julai 2013

Mesir dan pergolakan politik islam


KARIM RASLAN
KARIM RASLAN
 
MENJATUHKAN kerajaan dipilih secara sah sememangnya satu rampasan kuasa – tidak kira kita melihat kejadian ini dari sudut mana sekalipun. Mengamalkan demokrasi bermakna menerima apa jua keputusan tidak kira baik atau buruk.

Penggulingan Presiden Mursi di Mesir dan tindakan ganas ke atas Muslim Brotherhood hanya akan membawa kepada tragedi lebih buruk. Penyokong liberal sekular pasti menyesal dengan tindakan awal mereka untuk menjatuhkan Mursi kerana kini, kebenaran, kepercayaan awam dan undang-undang hancur kerana situasi di Kaherah.

Mereka yang anggap politik Islam perlu dikekang dengan apa cara sekalipun – sama ada mengikut undang-undang atau sebaliknya – salah sama sekali. Apabila kita bersetuju untuk melaksanakan demokrasi melalui peti undi, kita tidak boleh berpaling arah sewenang-wenangnya apabila keputusannya tidak menyebelahi kita.

Jalan pintas politik hanya akan membawa kepada penyelesaian jangka pendek yang tidak mampan, seterusnya membawa kepada kezaliman lebih serius.

Mungkinkah perkara berlaku di Algeria pada 1990 ketika pihak tentera menafikan kemenangan jelas melalui pilihan raya dan memenjarakan serta membunuh beribu-ribu orang, bakal berlaku di Mesir?

Pada masa sama, banyak parti Islam di seluruh dunia – pewaris konsep Ikhwanul-Muslimin di Mesir – akan merasakan bahawa demokrasi sememangnya bukan untuk mereka walaupun mempunyai sokongan besar untuk memenangi pilihan raya.

Malah, parti-parti Islam ini makin yakin bayang-bayang pengaruh Amerika, Eropah, puak liberal, pembiaya kewangan dan kuasa Yahudi global akan terus campur tangan bagi merampas kuasa.  Parti Islam melihat diri mereka sebagai mangsa situasi. Walaupun mungkin mendapat simpati pengundi, ini juga membuat pemimpin parti-parti ini berasa mereka tidak perlu perbaiki diri dari aspek rasuah, salah tadbir dan sifat eksklusif.

Sememangnya kerajaan Mursi dilanda pelbagai kegagalan. Ramai meletakkan harapan tinggi pada beliau ketika diundi masuk pada Jun 2012. Beliau dijangkakan mampu untuk menonjolkan imej moderat bagi Mesir setelah berdekad-dekad di bawah pemerintahan autokratik, Presiden Hosni Mubarak.

Malangnya, ini tidak menjadi kenyataan. Mursi gagal dengan teruk: ekonomi Mesir tidak berkembang dan saham di bursa saham jatuh 31.2 peratus untuk lima bulan pertama tahun ini. Defisit bajet negara kini mencecah USD29.2 bilion (RM93.10 bilion) dan statistik rasmi menunjukkan pengangguran berada pada 12.5 peratus.

Pada masa sama, Mursi meminggirkan komuniti sekular dan liberal. Golongan moderat dan Kristian Koptik cukup kecewa hingga mereka memulaukan proses perangkaan perlembagaan pada Disember 2012 – yang dikritik kerana tidak melindungi kebebasan beragama dan hak wanita – diakibatkan kegagalan kerajaan Mursi untuk berunding.

Sementara itu, politik Islam cenderung mengalami kekecewaan termasuk di Asia Tenggara sendiri. Di Indonesia, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) kini dilanda pelbagai krisis apabila beberapa skandal timbul dan merosakkan imej suci dan anti-rasuah mereka.

Malah di Malaysia sendiri, Pas kini perlu merenung dan bermuhasabah diri setelah keputusan yang kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum 2013 – di mana mereka hilang kuasa di Kedah.

Rampasan kuasa di Mesir hanya akan memperkuat lagi prasangka parti-parti ini bahawa mereka perlu berwaspada dengan demokrasi. Kesimpulan ini mungkin ada logiknya tetapi tidaklah sempurna kerana hampir kesemua kegagalan mereka tidak mempunyai kaitan dengan demokrasi. Sebaliknya, ia disebabkan pentadbiran yang lemah, rasuah dan kegagalan untuk memahami pentingnya pendekatan yang inklusif dan seimbang.

Malangnya, dengan jatuhnya Mursi, konspirasi ini akan terus merebak. Rundingan dan kesepakatan merupakan aspek kritikal dalam pentadbiran yang baik.

Seorang lagi ikon politik Islam, Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki (yang kini sedang menangani protes di negaranya) pernah menyangkal pendapat bahawa demokrasi adalah seperti sebuah bas yang akan kita tinggalkan setelah tiba di destinasi.

Mungkin bas yang dimaksudkan Erdogan bakal terbabas dan mencederakan semua penumpang di dalamnya, daripada puak liberal kepada tentera dan golongan Islamis dek kerana tuduhan demi tuduhan terus dilemparkan

Puak liberal dominasi Kabinet sementara Mesir


krisis Mesir
Penyokong berhimpun mendesak tentera membebaskan Mursi di Dataran Rabia al-Adawiya

KAHERAH - MESIR. Presiden interim Mesir telah mengangkat sumpah dalam Kabinet sejurus selepas Mohamed Mursi digulingkan oleh pihak tentera, sekali gus memberikan ahli-ahli pergerakan liberal jawatan penting termasuk tiga orang wanita dalam Kabinet.

Kerajaan baru itu diketuai oleh Perdana Menteri, Hazem al- Beblawi yang merupakan seorang pakar ekonomi.

Panglima Tentera, Jeneral Fattah al- Sissi yang menyingkirkan Mursi pada 3 Julai lalu, mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan dan turut memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini dilantik Mursi, Mohammed Ibrahim bagaimanapun kekal dalam jawatannya.

Kabinet kini mempunyai 34 orang ahli tidak termasuk el-Beblawi.

Kabinet terbaru ini mempunyai tiga ahli wanita berbanding beberapa dekad lalu hanya mempunyai sekurang-kurangnya dua orang wanita dalam Kabinet.

Tiada seorang pun menteri dipilih daripada kumpulan Islamis Mesir yang memenangi 5 kali pilihan raya secara berterusan sejak 2011.

Ikhwanul Muslimin menolak kerajaan sementara itu, termasuk Perdana Menteri Hazem el-Beblawi, seorang ekonomis veteran liberal.


Selasa, 16 Julai 2013

SERIUS : MASYARAKAT ISLAM DI CHINA DILARANG BERPUASA


Kumpulan hak asasi manusia menggesa China menarik balik sekatan terhadap penduduk Uighur di wilayah Xinjiang yang dianggap menghalang mereka menyempurnakan ibadat puasa di bulan Ramadan sejak Selasa lalu.


Beijing mengenakan sekatan tertentu selepas rusuhan meletus di wilayah terbabit dan ia menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di masjid dan selain turut menjejaskan puasa mereka pada siang hari.
Pelajar sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa atas alasan kesihatan” Luo Fuyong, Jurucakap Wilayah Xinjiang.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxadi Rexiti mendedahkan pegawai kerajaan masuk ke rumah penduduk Uighur dan memberikan mereka buah-buahan dan minuman ketika siang hari sedangkan mereka sedang berpuasa.
 
Larangan berkumpul
Pihak berkuasa juga melarang sesi bacaan teks agama dan memantau tempat ibadat termasuk memerhati semua masjid selama 24 jam di Karamay, lapor Karamay Daily.
Pegawai Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF), Dr Katrina Lantos Swett, berkata langkah berkenaan tidak akan membantu menghalang pergolakan etnik. “Dilancarkan atas nama kestabilan dan keselamatan, kempen penindasan terhadap penduduk Islam Uighur oleh Beijing, termasuk menyasarkan perhimpunan aman persendirian bagi pengajian agama,” kata Lantos Swett.
“Tindakan itu tidak akan membawa kestabilan dan keselamatan sebaliknya lebih menyebabkan ketidakstabilan dan keadaan tidak selamat.”
Jurucakap Wilayah Xinjiang, Luo Fuyong menafikan bahawa kerajaan mengenakan sekatan kepada penduduk Islam wilayah itu melaksanakan ibadat Ramadan.
“Kami hormati kepercayaan agama dan budaya (Uighur), ini jelas,” kata Luo.
Bagaimanapun, beliau mengakui pelajar Uighur terutama di sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa di bulan Ramadan atas alasan kesihatan.
Ramai kena penjara
Dalam laporan tahunan USCIRF, penduduk Islam Uighur terus dipenjara kerana melaksanakan aktiviti agama. Kakitangan kerajaan, profesor dan pelajar didenda kerana berpuasa. 
Satu lagi laporan Persatuan Uighur Amerika di Washington pada April lalu menyebut, seorang pemilik restoran Uighur dari Hotan berkata, Ramadan disifatkan sebagai peluang untuk membaiki dan mengubahsuai perniagaan. Sebarang restoran ditutup untuk dibaiki pada bulan puasa akan didenda. - AGENSI
 
 

Al Malhamah Al Kubra (perang akhir zaman)

Al Malhamah Al Kubra
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُم مِّثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ وَاللّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَن يَشَاءُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لَّأُوْلِي الأَبْصَارِ
Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.

Surah Ali'Imran: 13



إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh


Surah As Saff: 4

Al Malhamah Al Kubra atau Armageddon adalah satu peristiwa besar yang akan terjadi nanti iaitu peperangan yang paling besar dan dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia sejak dari Nabi Adam a.s. sehingga umat penghujung akhir zaman di muka bumi ini. Peperangan yang melibatkan isu politik (kuasa besar dunia) dan isu agama samawi (Nasrani, Yahudi dan Islam) dimulai dengan persahabatan atau perjanjian aman tetapi ia sebenarnya adalah ‘PALSU’ dan tipu helah (bagi Islam yang melihat dengan ‘Mata Hati’) sehingga semua penduduk dunia menyangka dan menyatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai yang pada hakikatnya selepas itu kita (Ahlul Sunnah wal Jamaah) akan dicabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah SWT.
Armageddon :
Perkataan ini yang bersal dari Ibrani (Hebrew) dan terdiri daripada dua perkataan, iaitu :
Ar : 
yang membawa maksud sebuah gunung atau bukit
Mageddo atau Megiddo : 
nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yang akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara sampai ke Edom di Selatan yang jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu .
Para ahli peperangan berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang strategik, setiap panglima tentera dan angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang datang.
Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, Zabur, Injil yang lama berasal dari penulisan Ibrani dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan Yahudi dan Nasrani yang beramal dengan kitab asal.


Hancurnya bangsa Yahudi adalah satu tanda dari datangnya hari qiamat. Hal ini ditandai dengan berkecamuknya perang besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk Zionist Israel dan akan diakhiri oleh pertempuran dahsyat yang dikenal sebagai Armageddon, dimana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin.
Disebutkan dalam Kitab Zakharia (John The Baptist) (89/13), bahawa sebagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan:”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel menjadi kubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”. Kerana peristiwa ini akan terjadi di lembah Megiddo, Palestin, yang sekarang menjadi wilayah jajahan Israel (Yahudi & Nasrani Zionist) maka merekalah orang pertama yang akan merasakan panasnya nyalaan api peperangan. Dalam teks Kitab Injil ada mengatakan “Roh-roh syaitan akan mengumpulkan pasukan dari seluruh dunia di Armageddon”.
Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan / terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan dari pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Kemungkinan perang ini adalah Perang Dunia ke 3. (Perang Nuklear berdasarkan kepada ramalan beberapa pakar termasuklah Sheikh Imran N. Hosein). Menurut kajian dan pendapat Sheikh Hamza Yusuf Sehingga dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan kesemua teknoligi yang kita miliki sekarang ini akan musnah dan, di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang.
"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." 
- Louis Lord Mountbatten -
"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia III akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia IV akan diperjuangkan dengan kayu dan batu."
- Albert Einstein -
Pendapat para ahli kitab tentang Perang Armageddon:
1. Dalam kitab Wahyu (Revealition) pasal 16 ayat 16 dikatakan,
“Dan roh-roh syaitan akan mengumpulkan sekalian tentara di dunia di sebuah tempat bernama Armageddon” 
(Injil, hal. 388, penerbit Daar Ats Tsaqafah, Mesir)
2. Ronald Reagen pernah berkata,
“Sesungguhnya generasi ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armageddon.”
(Kitab Ramalan dan Politik)
3. Segala sesuatu pasti akan berakhir dalam beberapa tahun, dimana akan terjadi Perang Dunia yang paling besar, iaitu Perang Armageddon atau perang di dataran Mageddo.
(“Kitab Drama Berakhirnya Zaman” oleh Oral Robertus dan “Kitab Akhir Dunia Yang Paling Besar” oleh Hall Lindus, mereka mempercayai tahun 2000 adalah berakhirnya dunia)
4. Jimmy Sujjest berkata,
“Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahawa perang Armageddon akan datang. Sesungguhnya Armageddon akan datang dan bertemu di lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian (kata sepakat persefahaman) yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tidak akan merealisasikan apa-apa pun. Sebab, hari tersebut akan tetap datang.”
(Kitab Janji yang Benar dan Janji yang Dusta)
5. Gerry Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Nasrani berkata,
“Sesungguhnya Armageddon adalah sebuah hakikat (realiti) dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur kerana ia akan terjadi pada akhir hari sejagat.”
(Kitab Ramalan dan Politik)
6. Shofeld berkata,
“Sesungguhnya orang-orang Nasrani yang ikhlas hendaklah bergembira dengan peristiwa ini, kerana pertempuran yang terakhir ini (Armageddon) akan bermula, maka Isa al Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka akan diselamatkan oleh al Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apa pun yang terjadi di bumi.”
(Kitab Ramalan dan Politik)
Sebenarnya, baginda Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita akan peperangan besar (Al Malhamah Al Kubra) di akhir zaman ini.



Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok gharqad(yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa perang akhir zaman iaitu waktu hampir qiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah SWT pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada perang akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi SAW. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.
Israel akan memberi dan menerima benih dan bantuan kewangan sekiranya ada pihak yang ingin berkempen menanam pohon Gharqad, segala info ada di: Jerusalem PostTrees For The Holy Land dan Tree Planting Center


Dari Nafi' Bin 'Atabah, Rasullullah SAW bersabda,

Kamu akan memerangi semenanjung Arab, lalu Allah SWT akan menaklukkannya untuk mu. Setelah itu Parsi, dimana Allah SWT akan menaklukkannya untuk mu. Kemudian Rum, dimana Allah SWT akan menaklukkannya untuk mu. Kemudian kamu akan memerangi Dajjal, dimana Allah SWT akan menaklukkannya untuk mu.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


Dari Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda,

Sesungguhnya kemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah, di sebelah kota bernama Damascus, salah satu kota terbaik di Syam
(Hadis Riwayat Abu Darda')

Tempat Dabiq di Syria, sebelah utara Aleppo (Halab) dan al-A'maq adalah menuju pantai selatan Yaman. Hal ini jelas dari menggabungkan dua hadis bahawa Bani Ishak adalah orang-orang dari Rum (Constantinople atau kerajaan Byzantine, bole rujuk Surah Ar Rum (30) tentang maklumat ini dan kerajaan Rum sekarang ini berpusat di Selatan Russia berdekatan Turki dan Greece bukannya ROME di ITALY) yang telah menerima Islam dan akan dikejar oleh Rum yang akan turun di Dabiq atau Al-A'maq, tapi dari lain hadis itu adalah jelas bahawa itu adalah tempat berhampiran Aleppo.

Hal ini ditunjukkan dalam hadis yang dilaporkan oleh Abu Dawud (Shahih Jaami as-Sagheer, no. 2116.), Menceritakan yang sanadnya dari Abu-Dardaa, bahawa Nabi SAW bersabda:
Bandar di mana umat Islam akan mengumpulkan pada hari al-Malhamah (pertempuran besar) adalah di tanah al-Ghutah (tempat yang memiliki sungai-sungai dan pohon dikelilingi oleh pergunungan) di sebuah kota yang bernama Damsyik, dari yang terbaik bandar As-Syam (Syria)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda.
Qiamat takkan terjadi sehingga bangsa Romawi singgah di Al-A'maq atau di Dabiq. Lalu mereka diserbu oleh bala tentera dari Madinah, yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu. 
(Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasullullah SAW,
Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Rasulullah SAW,
Tidak akan terjadi hari qiamat, sehingga kaum Rum turun di kota Amaq dan di Dabiq (dekat Damascus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, Biarkanlah (jangan kamu semua halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, “Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.” Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat subuh sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." 
(Hadis Riwayat Muslim)


Terdapat banyak koleksi hadis-hadis berkenaan Al Malhamah Al Kubra yang disabdakan Rasullullah SAW sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan’, boleh rujuk Kitab al Fitan, Ibnu Katsir.
Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini. Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kita fokus kepada dua peristiwa ini, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Pernahkah kamu mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" 
Mereka berkata, 
"Ya, Wahai Rasulullah".
Rasulullah SAW berkata,
"Hari qiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70000 dari Bani Ishaq ada dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. 
Mereka akan berkata,
"Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan (Allahu Akbar) Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan (Allahu Akbar) Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, " Dajjal telah muncul (seorang Yahudi) ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali (ke Syam).
(Hadis Riwayat Muslim)
Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishaq) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :
Hal ini menunjukkan bahawa ar-Rum (bererti Byzantine Timur) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Constantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu. Dan Ibnu Katsir juga menunjukkan dalam hasil kajian yang sama bahawa "ar Rum" adalah dari keturunan al-ees, Putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil a.s.

Dalam satu hadis yang panjang..

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Hari qiamat tidak akan datang sampai Rum akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka).Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rum akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah SWT, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka". Mereka kemudian akan berperang dan satu pertiga tentera akan melarikan diri, yang Allah SWT tidak akan mengampuninya. Satu pertiga dari mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah SWT, dan satu pertiga lagi menerima kemenangan dan menakluk Constantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syam/Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia (Dajjal) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran dan menyusun kedudukan ...
(Hadis Riwayat Muslim)

dalam kuasa veto dunia dimiliki oleh dua pihak yang berbeza (bukan kuasa veto di PBB kerana di PBB hanya dimiliki oleh USA) mahupun sebahagian dari mereka adalah Kafir Laknatullah, satu pihak dari pakatan US, Nato & Israel dan satu pihak lagi pakatan Russia, China & ‘Republik Islam’, mungkin dapat ditafsirkan beberapa hadis dan keadaan dunia semasa ini benar dan ada ketepatannya apabila sebahagian republik Islam menuju kerjasama dengan pihak Kafir yang menentang pihak Bani Israel dan pihak Kafir tersebut adalah berlatar belakang dari tamadun Rum atau Byzantine atau Constinople, rujuk surah ar Rum (30) untuk lebih memahami maksud dan tafsir hadis Rasulullah SAW berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia hari ini yang dipenuhi oleh fitnah, apa-apa pun Allahu a ‘lam, Allah SWT lebih Mengetahui.

Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel


Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Bagaimana
Sultan Muhammad al-Fatih 
bebaskan Kota Istanbul
ء
[Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Kota Konstantinopel pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453].
546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya – Konstantinopel.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian. 

Sultaan Mehmed II (Muhammad al-Faatih) | سلطان محمد الفاتح

     كرتون محمد الفاتح الجزء الاول (جودة عالية جدا)



كرتون محمد الفاتح الجزء الثانى (جودة عالية جدا)


Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al-Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan.
c. Kehendak yang kuat.
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat.
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan.
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta.
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan.
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosphorus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.
Dr. Danial Zainal - Halaqah – AL-FATEH Part 1
 
Dr. Danial Zainal - Halaqah – AL-FATEH Part 2
 
Dr. Danial Zainal - Halaqah – AL-FATEH Part 3
 
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur’an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara’ dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama’. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunyalah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih daripada lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalambahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah!

Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinopel.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinopel yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat
tahajjud walaupun satu malam, sila duduk
!”.
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad ‘ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara’, tidak menyembah Sultansama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur’an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur’an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba’q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...