Isnin, 30 September 2013

Tahniah kerana Bandar JOHOR BAHRU bakal berubah wajah tidak lama lagi menjadi "SINGAPORE TOWN".


Johor tak naik had harga rumah rakyat asing

harga rumah

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan had harga rumah yang boleh dibeli oleh rakyat asing bagi mengawal kenaikan harga rumah di Johor, sebaliknya mengkaji pendekatan lain.

Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata meningkatkan had harga rumah yang boleh dibeli rakyat asing daripada RM500,000 ke RM1 juta tidak akan mengurangkan pembelian mendadak oleh golongan itu.

"Sebaliknya (kenaikan had harga rumah rakyat asing ke RM1 juta) akan hanya mendorong pemaju perumahan untuk meningkatkan harga jualan rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah projek hartanah D'Pristine @ Medini di Nusajaya, hari ini.

Beliau berkata jika kerajaan negeri meningkatkan had harga rumah untuk rakyat asing kepada RM1 juta, pemaju perumahan akan bertindak membina rumah-rumah dan premis perniagaan yang melebihi RM1 juta.

Kerajaan negeri kata beliau, sedang melihat pendekatan lain bagi mengawal pembelian mendadak rakyat asing terhadap rumah-rumah dan premis perniagaan di Johor untuk tujuan spekulasi.

Antara cadangan yang sedang dikaji oleh kerajaan negeri, katanya ialah tidak membenarkan rakyat asing menjual rumah yang dibeli mereka di Johor semata-mata untuk mengaut keuntungan.

"Aktiviti beli dan jual yang saya akui berlaku di negeri ini hanya menyebabkan harga kediaman meningkat dan selepas ini kerajaan negeri akan mengawal dan hanya pembeli tulen dibenarkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menegaskan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia bukan sahaja memberi tumpuan pada pelaburan syarikat luar negara, tetapi turut membuka ruang untuk penyertaan syarikat tempatan.

"Dengan adanya pelaburan dan penyertaan ini daripada luar, ia bukan sahaja menyumbang pertumbuhan ekonomi, tetapi turut membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk turut sama terlibat menjayakan sektor hartanah," kata beliau. - Bernama

sepatutnya rakyat asing perlu disekat membeli rumah di johor yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat johor itu sendiri. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. bagaimana rakyat hendak beli beli kalau harga rumah melampau sehingga RM500 ribu ke atas? kerajaan perlu kenakan cukai yg tinggi kepada rakyat asing terutama orang singapura yg membeli rumah di johor, itu salah satu cara untuk mengawal aktiviti pembelian rumah yg tidak terkawal oleh warga asing terutama rakyat singapura yg semakin menjadi jadi sekarang ini. satu lagi kerajaan perlu mengenakan had atau kuota kepada pemilikan oleh warga asing dan bertindak lebih tegas terhadap pemaju perumahan yg ingkar. lihat saja di bandar johor bahru baik dari rumah hingga ke tanah, begitu banyak dimiliki oleh rakyat singapura. ini semua angkara pemaju yg ingin mengaut keuntungan lebih tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. itulah sebabnya bandar johor bahru akan bertukar menjadi "singapore town". salah siapakah semuanya ini???  UMNO, MCA, MIC, DAP, PKR ATAU PAS???  atau ini semua puncanya sudah bermula ketika zaman TAN SRI MUHYIDDIN YASSSIN menjadi MB JOHOR lagi??  apa yg tan sri muhyiddin sudah lakukan ketika menjadi MB yg mengakibatkan perkara ini sudah hampir menjadi kudis dan sengsara kepada rakyat johor dan mengakibatkan tanah kita sendiri tergadai kepada orang luar terutama kepada orang singapore???.

yg ini gua sokong 100%. sepatutnya kerajaaan perlu naikkan cukai rokok tu lebih tinggi lagi, barulah pendapatan kerajaan akan lebih bertambah


JTI umum kenaikan harga rokok keluarannya

JTI
JT International Bhd (JTI)
 
KUALA LUMPUR - JT International Bhd (JTI) mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran dan edarannya di Malaysia, berkuat kuasa esok.

Syarikat berkata, harga runcit baharu untuk rokok Mevius dan Salem, masing-masing RM12 sebungkus, sementara Winston pula RM10.50 setiap bungkus.

"Semakan harga ini adalah susulan daripada kenaikan cukai eksais sebanyak 14 peratus oleh kerajaan pada 27 September, 2013," kata JTI dalam satu kenyataan hari ini.

JTI ialah pengeluar rokok Mevius, Winston, Salem dan Camel di Malaysia. - Bernama

sokong! sokong! sokong! sokong! sokong!
 

More rebel groups reject Syrian opposition coalition - statement


BEIRUT (Reuters) - More than 30 rebel factions have broken with the Western-backed Syrian opposition organisation and its military wing, according to a video statement posted on the Internet.
Though representing a small percentage of the rebel forces, the announcement by dozens of units from different areas across the country further undermines international efforts to build a pro-Western military force to replace President Bashar al-Assad.

The statement read online by rebel officer Ammar al-Wawi cited "the catastrophic failure" of the Syrian National Coalition (SNC) and its military wing, the Supreme Military Council (SMC).
It said the groups' withdrawal of support was precipitated by the foreign-based leadership's "marginalisation ... from the revolutionary force operating on the ground" and its "deviation from the path of the revolution."

Syria's opposition forces have been riven with factionalism since the 2-1/2-year revolt against Assad began. There have also been tensions between increasingly powerful Islamist groups and those that support a secular vision for a post-Assad Syria.

Earlier this week, some of the largest and most influential rebel factions, including the al Qaeda-linked Nusra Front, announced their rejection of the Western-backed opposition coalition and called for its reorganisation under an Islamic framework.

The groups which Wawi cited were considerably smaller and less influential than those units.
Friday's statement made no reference to Islamic law, but it went further than the earlier announcement by explicitly rejecting the military command of General Salim Idriss, who heads the SMC.

The statement also blamed the international community for failing to stop "crimes against humanity committed by the criminal Bashar along with terrorist gangs from Iran, (Iraqi Prime Minister Nuri) Maliki's militias and Hezbollah."
The sectarian dimension of the conflict has drawn in foreign fighters from neighbouring countries.
Thousands of Sunni militants have entered Syria to fight alongside the rebels, while Lebanese Shi'ite militant group Hezbollah and Shi'ite militias from Iraq have sent men to fight alongside Assad's forces.
Many Syrian opposition groups inside Syria, regardless of their ideological background, are sceptical and resentful of the Western and Gulf Arab-backed National Coalition, an umbrella organisation for opposition groups abroad.

Critics accuse it of not being transparent with funding and its political processes and of being out of touch with those living inside Syria, where more than 100,000 people have been killed and swathes of territory have been destroyed by combat and shelling.

(Reporting by Stephen Kalin; Editing by Sonya Hepinstall)

kantoi!!! bini mat yo buat laporan polis palsu???


SITI AISYA, ISTERI MAT YO DIKATAKAN MEMBUAT LAPORAN POLIS PALSU – JIKA DISABITKAN KESALAHAN, AISYA BOLEH DIKENAKAN DENDA!
 

 
Cuba lihat laporan yang dibuat isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam dan kemudian tengok klip yang memperlihatkan dengan jelas bahawa dia yang sebenarnya memaki hamun pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang.
Ini apa yang dilaporkan isteri Mat Yo.
 
PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KE ARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA. SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.

 
Bukankah laporan isteri Mat Yo sama sekali berlainan dengan kejadian sebenar yang dirakam Aisya sendiri? Siapa maki siapa? Kenapa dalam laporan polis lain yang disebut?
Andai kata video itu tidak ada, mungkin Azman Mohd. Nayan yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan?
Agak nyata isteri Mat Yo jelas telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
Dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Mungkin ada antara kita yang perlu membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat melihat kembali kandungan laporan dengan kejadian sebenar.
Ia perlu dilakukan untuk keadilan semua pihak termasuk seorang lelaki tua 5 anak yang hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan.
 
adakah polis kita boleh rela ditipu dengan mudah, adakah PDRM rela maruah mereka diaibkan dengan sebuah laporan polis tipu dari seorang wanita yg ego dan biadap terhadap orang tua. fikir fikirlah.....
 

Dakwah di kelab dangdut


Dakwah di kelab dangdut
Pegawai Jaipk memberi nasihat dan peringatan berkaitan Islam kepada pengunjung premis hiburan berkenaan, semalam.
 
IPOH - Pengunjung sebuah kelab dangdut di sini, dikejutkan dengan kehadiran pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di premis tersebut kira-kira jam 12 tengah malam, semalam.

Kehadiran mereka adalah sempena Program Dakwah Bersama IPT Perak anjuran Jaipk yang diadakan selama dua hari bermula Jumaat lalu.

Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, seramai 70 penuntut dari beberapa IPT di negeri ini termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 30 pegawai penguat kuasa Jaipk terlibat dalam program tersebut.

Menurutnya, pendekatan itu adalah untuk menyampaikan dakwah, nasihat dan memberi risalah berkaitan Islam kepada pengunjung beragama Islam yang mengunjungi pusat hiburan seperti pub, kelab malam serta kelab dangdut.

“Program ini pertama kali diadakan secara rasmi di negeri ini terutamanya dalam konteks berdakwah ke lapangan.

“Melalui pendekatan dilakukan, kita secara tidak langsung dapat memberi peringatan dan pendidikan mengenai Islam kepada mereka yang mengunjungi tempat sedemikian,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu, mereka singgah ke beberapa tempat untuk menyampaikan dakwah antaranya ke kelab malam, taman rekreasi dan pusat beli-belah.

Sementara itu pengunjung, Ayu Salleh, 21, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan kehadiran individu bertudung labuh di situ.

“Namun, selepas dimaklumkan mereka hadir untuk program dakwah, saya dapat menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang hadir ke premis tersebut untuk melihat suaminya yang bekerja sebagai pemain keyboard.

Menurutnya, kebiasaannya premis hiburan sering dipenuhi golongan yang cetek agama, namun tidak semuanya naif dalam hal berkenaan.

“Saya lihat pendekatan dilakukan Jaipk bersama penuntut IPT ini bagus kerana dapat mengingatkan orang ramai,” katanya.

Peserta program, Fatin Nadiah Rosli, 21, yang merupakan penuntut tahun kedua Sarjana Muda Ukur Bahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar pula berkata, dia menyertai program itu kerana ingin menyampaikan dakwah.
 

Bekas pengiring anggap Allahyarham ustaz Azizan seperti bapa sendiri


Bekas pengiring anggap Azizan seperti bapa
Shahril memimpin tangan Ustaz Azizan ketika melaksanakan tugasnya sebagai pengiring peribadi Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah itu.

ALOR SETAR - Kesederhanaan cara hidup bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada bekas pengiring peribadinya, Koperal Shahril Rizal Ismail, 33.

Bahkan beliau turut menganggap Azizan seperti bapanya sendiri.

Menceritakan pengalaman ke sana ke mari bekerja dengan pemimpin itu yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Azizan, Shahril berkata, pemikiran Ustaz Azizan dalam sesuatu perkara sukar untuk dibaca dan dijangka.

Menurutnya, keperibadian Ustaz Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu, akan menyentuh hati sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang baru kenal dan rapat dengan kehidupannya.

“Walaupun sebagai menteri besar, kehidupan Ustaz Azizan adalah biasa dan mudah dari aspek keperibadiannya. Makan-minum, pakai, bahkan tidurnya juga sekadar berbaring di atas sofa.

“Kalau hari tak ada tugasan rasmi, ustaz akan habiskan masa duduk di atas sofa di rumahnya. Baca buku, kitab, surat khabar atau menonton televisyen, jika ada kawan-kawan mahu berjumpa pun ustaz lebih suka orang datang ke rumah,” katanya ketika diminta menyingkap kembali nostalgia bersama Ustaz Azizan.

Shahril berkata, secara tidak langsung banyak aspek kehidupan dapat dipelajarinya di sebalik perwatakan Ustaz Azizan yang tegas malah dikatakan agak garang.

Menurut Shahril, Ustaz Azizan memiliki ego tersendiri tetapi sikapnya itu akan membuatkan seseorang berasa malu terhadap beliau.

“Dia kalau marah orang, marah sungguh...tapi bijak kawal emosi. Misalnya dia marah orang lain di dalam pejabat, saya di luar yang dengar sudah kecut perut...tapi bila keluar dia tegur saya biasa saja, tak nampak macam orang baru lepas marah.

“Ustaz lain daripada orang lain...fikiran dan tindakan dia sukar untuk saya jangka walaupun ke hulur ke hilir bersama. Arwah selalu bagi tahu saya, 'hangpa takleh baca kepala otak aku haih',” katanya.

Tambah Shahril lagi, walaupun Ustaz Azizan seorang yang garang tetapi beliau pandai ambil hati orang.

“Saya sendiri hairan, kalau orang lain marah pada kita...pasti kita tak mahu dekat lagi dengan orang itu. Tapi dengan ustaz tak begitu... walaupun dia marah tapi kita tak rasa nak larikan diri... rasa semakin nak dekat lagi.

“Saya akui hubungan kami sangat rapat dan saya rasa sudah jalankan tugas saya sebaik mungkin. Selama kira-kira lima tahun ustaz jadi Menteri Besar, saya adalah orang yang paling rapat dengan arwah,” akhirinya.

Parlimen ucap takziah kepada keluarga Azizan


parlimen

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, Khamis lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara.

"Saya bagi pihak ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Kami berdoa semoga ALLAH S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang soleh," katanya sebelum bermula sesi perbahasan persidangan Dewan Rakyat di sini.

Ismail kemudian menjemput anggota Parlimen berdiri sambil menghadiahkan Al-Fatihah dan bertafakur selama seminit.

Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Khamis lepas, setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. - Bernama

Azizan individu ke-11 bersemadi di Muasassah


Azizan individu ke-11 bersemadi di Muasassah
Azizan disemadikan berhadapan pusara Allahyarham Fadzil Noor (kubur kanan).
 
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak merupakan individu ke-11 yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, dekat sini.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, tanah perkuburan itu dikhaskan sebagai kubur bagi pemimpin Pas Kedah yang banyak berjasa khususnya dalam membangunkan Muasassah Darul Ulum itu sendiri.

Menurutnya, sebagai Pengerusi Muasassah, Azizan sangat menitikberatkan pembangunan Muasassah sebagai pusat pengajianIslam.

“Sememangnya tanah perkuburan di Muasassah dikhaskan sebagai kubur tokoh-tokoh pimpinan Pas dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dalam usaha mengasaskan institusi pengajian itu.

“Antara pemimpin Pas Kedah yang dikebumikan di situ adalah Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan Ustaz Mohamad Shauki Ibrahim (bekas Adun Langar), yang lain saya tidak pasti, ada juga orang biasa. Kini di kawasan Muasassah sudah wujud perkampungan dan ada tanah perkuburan yang lain,” katanya.

Mengulas lanjut pemergian tokoh politik Pas Kedah itu, Amiruddin berkata, barisan Adun Kedah sememangnya merasai ketiadaan Azizan di sidang Dun sejak beliau jatuh sakit.

“Adalah sesuatu yang tidak dijangka, sebaik sahaja selesai PRU13 lalu, Azizan jatuh sakit dan tidak berupaya untuk hadir ke sidang Dun.

“Ketegasan beliau berhujah selama menjadi ketua pembangkang dan cara beri keterangan sebagai ketua kerajaan negeri dalam sidang Dun pastinya menjadi kenangan,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, Azizan meninggalkan wasiat supaya jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum berhampiran pusara bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan menyuarakan hasrat supaya jasad beliau disemadikan di sebelah pusara Allahyarham Fadzil Noor iaitu rakan karibnya.
 

Khamis, 26 September 2013

Tun Mahathir : Azizan pemimpin berjiwa rakyat

Tun Dr Mahathir Mohamad


ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Katanya, kesungguhan Azizan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat amat dikagumi dan arwah juga seorang pemimpin yang disenangi ramai.

“Arwah seorang pemimpin politik yang tidak keterlaluan dalam semua segi, sanggup berbaik sesama pemimpin tanpa mengira parti politik, malah cuba sedaya upaya tunaikan permintaan rakyat,” katanya, ketika ditemui di tanah perkuburan Muassasah Darul Ulum.

Mahathir berkata, hubungan beliau dengan arwah juga sangat rapat walaupun dari parti politik berbeza.

“Hubungan kami baik, walaupun dari parti lain, kita tak ambil kira. Sahabat tetap sahabat, politik lain. Arwah juga dikagumi kerana seorang pemimpin yang berpegang kuat pada ajaran Islam yang sebenar dan tidak pernah seleweng ketika mentadbir Kedah,” katanya.

Sementara, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir ketika ditemui berkata, sifat keterbukaan Azizan disenangi ramai, dan tidak hairanlah jenazah dikunjungi ramai orang dari serata pelusuk negeri.

“Bagi saya secara peribadi dan mewakili kerajaan negeri termasuk BN, merasakan kehilangan besar kerana arwah memang seorang yang peramah dan suka bergaul dengan semua pihak, tanpa kira fahaman politik,” katanya.

Menurutnya, kebanjiran orang ramai dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hingga ke Masjid Nurul Ihsan, Langgar, seterusnya di Muassasah Darul Ulum merupakan suatu pengiktirafan terhadap arwah selaku seorang ahli politik yang hebat.

“Saya kagumi sikap arwah yang bijak bergaul bagi memastikan ummah tidak berpecah belah, seperti yang arwah lakukan di Kedah,” katanya.

Azizan meninggal dunia di sisi keluarga


 

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 11.05 pagi, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Timbalan Pengarah Perubatan 1 HSB, Dr Noor Zaini Morad berkata, Azizan, 69, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada darah selain kegagalan beberapa organ dalaman yang pelbagai.

“Azizan didapati mula kritikal sejak pagi Rabu selepas mengalami serangan jantung. Rawatan agresif diberikan termasuk antibiotik terbaik.

"Jangkitan kuman itu mungkin berpunca daripada keadaannya yang lemah. Jangkitan mudah dijangkiti pesakit diabetis, selain komplikasi buah pinggang dan rawatan dialisis,” katanya pada sidang media di HSB hari ini.

Menurutnya, sejak jam 3 pagi semalam, keadaan kesihatan Azizan kritikal kerana mengalami masalah jantung yang serius dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Azizan mengalami peringkat akhir kegagalan buah pinggang, masalah hati dan mata di mana penglihatan semakin lemah serta kerosakan saraf peredaran darah di bahagian bawah paras pinggang,” katanya.

Dr Noorzaini berkata, selepas diberi bantuan kecemasan itu, Azizan tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga.

Azizan meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah dan Shamsiah Shafie, 14 anak dan enam cucu.

Pada 6 Mei lalu, Azizan yang mengalami masalah jangkitan kuman pada kaki dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) keesokan harinya.
Azizan yang juga Adun Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit diabetes, bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kaki merebak ke anggota badan lain.

Setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP, beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB pada 13 Ogos lalu.

Pada PRU13 lalu, Azizan mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau yang disandangnya sejak 1995, menewaskan sepupunya, Fazillah Mohd Ali mewakili BN, dengan majoriti 2,774 undi.
Antara yang hadir di HSB menziarahi jenazahnya ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dan beberapa exco kerajaan negeri serta pemimpin Pas negeri.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Ihsan, Langgar, Pokok Sena sebelum disemadikan di Muassasah Darul Ulum selepas solat Asar kira-kira jam 5.30 petang.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

bini Mat Yo minta maaf kepada rakyat malaysia??? kenapa tak minta maaf dengan pak cik guard tu???


Isteri Mat Yo mohon maaf 
Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.
Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.
 
kenapa minta maaf kepada rakyat malaysia bukannya kepada pakcik guard yang dimaki hamun tu???
dia buat salah dengan siapa??? maaf yang tak ikhlas.....
 

Selasa, 24 September 2013

Isteri Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) buat kecoh


 Isteri Mat Yo buat kecoh
Azman menunjukkan salinan laporan polis insiden perbalahan dengan isteri Mat Yo.
Petaling Jaya: Insiden kekecohan membabitkan isteri pemain bola sepak negara dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di sini, baru-baru ini, tersebar meluas di media sosial mulai kelmarin.

Rakaman berdurasi 54 saat itu, turut menampakkan wajah Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali Mat Yo, yang menyaksikan ‘perang mulut’ antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Bagaimanapun, imej wanita berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman yang dipercayai dibuat menggunakan telefon bimbit.


Insiden itu berlaku pada jam 11.42 pagi, 12 September lalu.
Berikutan insiden berkenaan, kedua-dua pihak membuat laporan polis.

Enggan mengulas

Mat Yo ketika dihubungi, malam tadi, enggan mengulas insiden berkenaan dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pula mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam.

Sementara itu, Azman mendakwa ketika dia sedang mengawasi lalu lintas di kawasan berkenaan, sebuah Mini Cooper putih berhenti di tempat letak teksi.

Azman mendakwa penumpang kereta itu meminta kebenaran untuk berhenti seketika dengan alasan mahu membeli tiket.

Bagaimanapun, selepas hampir 10 minit, kenderaan yang dipandu Mat Yo tidak beredar menyebabkan Azman meminta pasangan itu beredar.

“Saya minta mereka beredar ke tempat letak kenderaan awam jika mahu berhenti lebih lama supaya tidak mengganggu lalu lintas.

“Tindakan saya mengundang rasa tidak puas hati wanita itu (isteri Mat Yo) yang mempertikaikan tindakan saya, selain mendakwa mereka kerabat diraja dan suaminya bekerja dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ).

“Selepas berulang kali meminta mereka beredar, wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi dengan mengatakan saya bodoh dan dayus, selain merakam (menggunakan telefon) dari dalam keretanya,” katanya yang ditemui di Skypark, LTSAAS, semalam.

Elak gambar dirakam

Berikutan itu, Azman menghampiri kereta pasangan berkenaan untuk menghalang wajahnya daripada terus dirakam sebelum wanita terbabit menaikkan cermin kereta.

Katanya, kejadian itu diperhatikan Mat Yo yang keluar dari kereta ketika isterinya melemparkan kata-kata kesat.

“Mungkin kerana melihat tindakan saya menakutkan isterinya, Mat Yo menolak saya beberapa kali sebelum isterinya keluar dari kereta dan menendang celah kangkang hingga menyebabkan saya cedera,” katanya
 

Isnin, 23 September 2013

Mike Tyson: ‘Saya Menangis Jika Teringat Madinah’


Dalam dunia tinju, siapa tidak kenal Mike Tyson? Jalan hidupnya penuh berliku. Di penjara adalah jalan bagi Tyson menemui hidayah Islam.

Tyson memeluk Islam ketika menjalani hukuman penjara atas tuduhan memperkosa ratu cantik Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1991. Sebelum dipenjara, Tyson sedang berada di puncak kariernya. Dia tercatat sebagai juara dunia tinju kelas Heavy Weights sejak 1986 hingga tahun 1990.

Selepas keluar dari penjara, Tyson pernah beberapa kali mengikuti perlawanan untuk mempertahankan gelarannya, namun tidak berjaya. Dia juga pernah muncul di arena gusti bebas di AS.
Mike Tyson
Selepas itu, Tyson seakan menghilang sehingga muncul khabar bahawa legenda tinju itu ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.

Perjalanan ke Tanah Suci itu meninggalkan kesan di hati bekas peninju dunia, Mike Tyson. "Saya masih menangis ketika saya teringat semasa datang ke Raudhoh di Masjid Nabawi," katanya ketika menceritakan saat-saat mengharukan ketika dia mengerjakan solat di Raudhah di samping makam Rasulullah SAW. "Saya bahkan berfikir untuk tidak beranjak dari tempat suci itu."

Secara bergurau Tyson berkata, dia tidak mahu dikenali sebagai Mike Tyson oleh orang lain ketika berada di Tanah Suci. "Saya berharap mereka membiarkan saya menikmati saat-saat saya penuh emosi dan bersendirian untuk berdoa."

Tyson pergi menunaikan umrah bersama-sama dengan presiden misi perdamaian Kanada, beberapa duta besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan cendekiawan Muslim Shazad Muhammad. Di Madinah banyak peminat beliau menunggu berjam-jam untuk melihat dan bergambar bersama peninju terkenal di dunia itu.

PANAS : Isteri MAT YO (Norshahrul Idlan Talaha) bersikap kurang ajar terhadap seorang pak guard




ini isteri MAT YO, Shahrul Aisya yg bersikap kurang ajar terhadap seorang pak guard..... 
 
panas!!! panas!!! panas!!! panas!!! panas!!! 
 
 
luahan hati pak guard yg dimaki & dicerca oleh bini MAT YO
 

Khamis, 19 September 2013

Mursi ikrar berjuang hingga ‘nafas terakhir’


Ratusan penyokong Mursi meneruskan demonstrasi di jalan-jalan utama sekitar Kaherah


KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir digulingkan Mohamed Mursi, berikrar berdiri teguh hingga ‘nafas terakhir’ untuk menentang rampasan kuasa tentera yang membawa kepada pemecatannya.

Sejak ditahan 80 hari lalu, beliau dibawa ke lokasi rahsia yang terus menjadi persoalan kepada jutaan penyokong dan keluarganya termasuk masyarakat dunia.

Difahamkan melalui laporan Press TV, Rabu lalu, peguam Mursi Mostafa Atteyah berkata, Mursi diberi kebenaran menghubungi keluarganya buat kali pertama sejak ditahan tentera 3 Julai lalu.

Dalam perbualan itu, Mursi memberitahu, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak meletak jawatan dan akan berjuang habis-habisan.

Sementara itu, agensi media Anadolu Turkey memetik dari satu sumber rapat keluarga itu sebagai berkata, Mursi masih menganggap dirinya sebagai pemimpin sah di negara Afrika Utara.

Sejak penggulingannya, ratusan rakyat terus melakukan demonstrasi sebagai mendesak pembebasan pemimpin itu dan menolak pemerintahan tentera.

Isnin, 16 September 2013

komen di facebook yang berunsur negatif dan berbau hasutan

   Selamat menyambut hari penubuhan malaysia yg ke 50 pada hari ini iaitu 16 september 2013. kerajaan malaysia juga mengumumkan hari cuti umum pada setiap tahun pada 16 september. kita juga mendapat berita pada hari ini mengenai kematian ketua pengganas komunis iaitu Chin Peng yg pernah menjadi setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM). tapi bukan cerita mengenai chin peng yg hendak diperkatakan tetapi mengenai seorang individu yg memberikan komen agak negatif dan berbahaya mengenai chin peng yg cuba mengaitkannya dengan kaum cina di malaysia. saya ada membaca ruangan facebook sinar harian yg memberitahu mengenai kematian chin peng dan terjumpa komen si mamat ni yg akaun bernama "Taufik Razali" di ruangan komen yg meminta dipupuskan orang cina di tanah melayu iaitu maksudnya tanah melayu itu kini adalah malaysia. ini adalah antara komennya yg juga mendapat kritikan pengguna facebook yg lain yg dianggap sebagai komen yg berbau perkauman dan hasutan...



  Adakah perjuangan komunis dan chin peng sama dengan masyarakat kaum cina di malaysia? adakah masyarakat cina di malaysia sejahat chin peng dan komunis? adakah orang cina di malaysia ini telah membunuh ribuan anggota keselamatan spt yg sama dilakukan chin peng dan komunis? mungkin benar komunis telah menggugat kedudukan british di tanah melayu tetapi bukan bererti mereka adalah sebahagian daripada pejuang kemerdekaan, itu memang kita perlu akui. x munasabah langsung mengaitkan komunis dgn kaum cina kerana ramai juga orang melayu yg menyertai parti komunis malaya (PKM). biarlah kita berbeza pandangan antara satu sama lain walaupun berbeza warna kulit dan agama tetapi x perlulah mengaitkan kejahatan chin peng dgn masyarakat cina di malaysia kerana ia akan menggugat keharmonian di negara yg kita cintai ini. semua bangsa memainkan peranan yg penting dalam memajukan negara ini tidak kira melayu mahupun cina. inilah akibatnya kalau terlalu mengikut perasaan di dalam media sosial tanpa berfikir panjang sampai kita sanggup beri komen yg melampau sehingga mampu menimbulkan kemarahan sesuatau pihak. adakah ianya suatu gurauan???


   Biarlah chin peng menjadi sejarah hitam buat negara kita. semaga manusia bernama chin peng ini menjadi pengajaran yg berguna buat generasi yg akan datang. biarlah ia pergi meninggalkan kita dan kita rakyat malaysia yg masih hidup ini teruskan perjuangan di bumi malaysia demi generasi anak cucu kita yg seterusnya. yg baik jadikan sempadan dan yg buruk itu jadikan tauladan kerana sesungguhnya yg baik itu datang dari ALLAH dan yg buruk itu datang dari diri kita sendiri



  Inilah pemilik akaun facebook yg bernama "Taufik Razali" yg memberikan komen yg berunsur jahat itu di laman facebook...


  Semoga pihak berkuasa dpt mengambil tindakan yg tegas terhadap pemilik akaun facebook ini supaya perkara ini menjadi iktibar dan mengajar kita lebih berhati hati ketika memberi komen di laman sosial. berharap agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang dan keharmonian dapat dikekalkan antara seluruh rakyat berbilang bangsa dan agama dari anasir2 perosak bangsa. yg cuba memecah belahkan perpaduan antara kaum di negara kita yg tercinta ini...

Sabtu, 14 September 2013

Pasukan harimau muda menjuarai pestabola merdeka 2013


Pemain Harimau Muda A meraikan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2013 selepas menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
 
HARIMAU Muda A mengesahkan kejuaraan dalam saingan Pesta Bola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan Myanmar 2-0 dalam aksi akhir di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Gol jaringan Rozaimi Abd Rahman minit ke-29 dan penghujung masa tambahan separuh masa kedua perlawanan oleh Junior Eldstar sudah cukup meletakkan kejayaan manis buat anak didik Ong Kim Swee.

Mempertaruhkan gandingan, Rozaimi dan A Tamil Arasu di bahagian serangan membuktikan Harimau Muda A turun dengan penuh keazaman untuk merobek gol lawan sejak dari awal permainan.

Rozaimi yang menjaringkan dua gol ketika aksi menentang Thailand, Rabu lalu berpeluang meletakkan pasukan dihadapan pada minit ke-2 namun sedikit kelekaannya menafikan hasrat awal penyokong setia Harimau Muda A meraikan gol.

Kegagalan itu tidak mematahkan semangat barisan pemain tuan rumah yang terus melancarkan gerakan mencari gol namun ketumpulan gerakan penyudah yang kurang berkesan dari Wan Zack Haikal, Tamil Arasu dan Rozaimi terus menyelamatkan seketika gawang Myanmar.

Usaha berterusan pemain Harimau Muda A memburu gol akhirnya menjadi kenyataan apabila Rozaimi bijak menyambar bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung hasil sepakan deras dari Wan Zack Haikal pada minit ke-29 untuk meletakkan tuan rumah didepan.

Bermula babak kedua, corak permainan tuan rumah sedikit perlahan dengan Myanmar melancarkan serangan bertali arus memburu gol penyamaan namun kekebalan benteng Harimau Muda A yang dibina Fadhli Shas, Zubir Azmi, Nik Sharul Azim dan K Reuben mengagalkan hasrat pelawat.

Dua percubaan berbahaya dari Fadhli serta Tamil Arasu pada minit 70 dan 76 hampir mengandakkan kelebihan buat pasukan namun palang dan ketangkasan Aung terus menjadi penghalang.

Ketangkasan penjaga gol Harimau Muda A, Mohd Izham Tarmizi yang melayangkan badan untuk menepis bola hasil tandukan penyerang lawan pada minit 77 melegakan penyokong tuan rumah yang memenuhi stadium.

Ketika perlawanan hampir tamat dengan keputusan 1-0, Junior memastikan kemenangan mutlak pasukan apabila tenang menolak masuk bola ke dalam gawang Myanmar untuk gol kedua pada minit ke 95 sebelum pengadil meniupkan wisel penamat yang mengesahkan Harimau Muda A selaku juara.

Sementara itu, dalam aksi awal di sebelah petang, Singapura berjaya menewaskan Thailand 2-1 untuk kedudukan ketiga manakala Thailand keempat.
 
 

Pablo Aimar sah milik JDT




JOHOR Darul Takzim (JDT) membuktikan kesungguhan untuk membentuk pasukan yang digeruni bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan apabila mengikat pemain Argentina, Pablo César Aimar Giordano.

Pemain yang pernah menjulang Piala Dunia B-20 FIFA 1997 bersama Argentina itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama JDT, hari ini.

Majlis menandatangani kontrak itu berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin sekitar jam 2.30 petang tadi dan disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, nilai sebenar kontrak dan gaji yang diterima oleh Aimar dirahsiakan.

Tunku Ismail berkata, bekas pemain Benfica itu menandatangani kontrak dua tahun bermain bersama pasukan dan tiga tahun membantu pembangunan bola sepak negeri.

Tambahnya, Aimar akan melibatkan diri dalam skala yang besar untuk bola sepak negeri Johor bukan sahaja sebagai pemain malah terbabit dengan aktiviti pembangunan seperti penganjuran klinik bola sepak.

"Menjadi satu penghormatan buat bola sepak negeri ini apabila Aimar bersama dengan Johor sebagai pemain dan saya yakin beliau akan melakukan yang terbaik bersama pasukan untuk musim depan.

"Saya enggan meletakkan sebarang sasaran untuk beliau, tetapi berharap pasukan akan beraksi dengan baik dan mungkin meraih kedudukan tiga terbaik dalam Liga Super selain melangkah ke separuh akhir Piala FA serta Piala Malaysia bagi musim depan," katanya.

Rabu, 11 September 2013

Meteor meletup di tenggara Amerika Syarikat


Cape Canaveral: Sebutir meteor meletup di tenggara Amerika Syarikat malam kelmarin, mencetuskan cahaya terang benderang dan bunyi kuat seperti ledakan bom, kata pihak berkuasa.
Ketua pejabat pemantauan meteor Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Bill Cooke, berkata meteor terbabit muncul kira-kira jam 8.18 malam waktu tempatan melintasi Alabama dengan kelajuan 122,310 kilometer sejam, sebelum meletup di ruang udara Woodstock, kira-kira 48 kilometer dari Birmingham.“Letusan meteor sebesar bola besbal ini berlaku di atmosfera setiap hari, tetapi letupan kali ini terjadi berhampiran Birmingham dan ramai penduduk dapat menyaksikannya,” katanya.Lebih 180 penduduk tempatan melaporkan mereka melihat letupan meteor terbabit, ketika menyaksikan satu konsert di Birmingham.“Letupan berlaku awal malam, jadi saya dapat melihatnya,” kata Cooke.“Saya sangka saya melihat sebutir bintang jatuh dari langit tetapi ia kemudian bertukar warna menjadi hijau terang,” kata seorang pemerhati dari Anniston, Alabama dalam kiriman ke laman web Persatuan Meteor Amerika.Seorang penduduk yang tinggal di Manrietta dekat Lebuhraya Dallas berkata, beliau pada mulanya menyangka letupan itu mungkin bunyi mercun, tetapi ia jauh lebih besar dengan warna hijau terang sebelum menghilang.Meteor berkenaan bagaimanapun terlalu terang sehingga rangkaian kamera NASA tidak dapat merakamkan gambarnya.

Ribuan penduduk selatan Filipina lari


Zamboanga: Beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan selepas pertempuran baru tercetus antara pasukan keselamatan Filipina dengan pemisah Islam di selatan Filipina, ketika pertempuran memasuki hari ketiga.
Sekurang-kurangnya 13,000 orang kini berlindung di Stadium Sukan Bandar Zamboanga, ketika askar dan pemberontak bertempur di jalanan kejiranan kawasan pantai berhampiran yang ditinggalkan.Sediakan keperluan asas“Kami berusaha sedaya upaya untuk menyediakan keperluan mereka,” kata pekerja sosial kerajaan Beth Dy, tetapi menambah stadium terbabit hanya mempunyai empat buah tandas mudah alih dan tiada tempat untuk tidur.Beliau berkata kira-kira 5,000 penduduk dari enam kawasan yang terbabit pertempuran, tiba di situ sepanjang malam dengan sebahagian daripada mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mendirikan khemah di atas rumput.Di kawasan penempatan di Santa Catalina, tiga kilometer dari stadium itu, anggota marin Filipina berbalas tembak dengan kumpulan lelaki bersenjata yang menjadikan 10 penduduk sebagai perisai manusia.Kibar bendera putihSeorang jurugambar sebuah agensi berita antarabangsa berkata, ada penduduk dilihat melambaikan bendera putih yang diikat pada sebatang kayu.Orang ramai mula meninggalkan kawasan pertempuran seawal kelmarin, apabila kira-kira 180 gerila Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerbu enam kejiranan di bandar Zamboanga sehingga mencetuskan pertempuran dengan askar dan polis.Pegawai tempatan berkata semua enam kawasan terbabit menempatkan kira-kira 160,000 orang kebanyakannya beragama Islam. Seramai 180 penduduk digunakan sebagai ‘perisai manusia’ oleh kumpulan bersenjata terbabit.Serbuan berlakuSerbuan berlaku empat minggu selepas pengasas MNLF, Nur Misuari mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ ke atas ke atas wilayah berkenaan dan menggesa pengikutnya menyerang kemudahan kerajaan.MNLF menamatkan pemberontakan 25 tahun dengan perjanjian damai pada 1996, tetapi kumpulan serpihan Misuari melancarkan serangan hampir sama di Zamboanga pada 2001, sehingga menyebabkan dia dipenjarakan hingga 2008, apabila semua dakwaan ke atasnya digugurkan.Sejak itu Misuari menentang semua usaha damai kerajaan dengan kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro dan berkata ia akan meminggirkan MNLF dan mengingkari terma perjanjian damai 1996.

Jumaat, 6 September 2013

DURIAN MALAYSIA INI GEMPARKAN SYDNEY


Durian
 Pergghhhh..., Sedapnya durian ni!!

MELBOURNE - AUSTRALIA. Petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka
tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik.

Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas.

Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata 'bau gas' yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney.

"Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat kami di tingkat 15 Bangunan Market St.

"Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas...mereka menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan," katanya.

Muhammad Rudy berkata petugas keselamatan dan kecemasan bergegas ke tingkat 15 untuk menyiasat dan setelah agak berputus asa, mereka menghubungi pihak konsulat untuk mendapatkan jawapannya.

"Kami menjelaskan bahawa bau itu sebenarnya bau durian. Para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah kami tunjukkan kepada mereka buah berkenaan dan baunya," kata beliau.

Muhammad Rudy berkata tiga pegawai teknikal Australia kemudian terhidu bau yang sama tiga jam kemudian: "Mereka membuat pemeriksaan di seluruh pejabat untuk memastikan ia bukan berpunca daripada kebocoran saluran gas."

Untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia.

"Tiada siapa yang bersungut. Malah, baunya disukai para pelajar Malaysia...yang mungkin begitu rindu dengan bau itu sejak sekian lama. Pernahkah sesiapa menyangka mengeksport durian ke Australia merupakan urusan yang begitu mencabar?," katanya.

Sementara itu, lepasan sekolah La Salle Malaysia di Melbourne merancang untuk menganjurkan Pesta Durian Lasallian November ini, mungkin di kawasan pembangunan eksklusif SP Setia di St Kilda Road.

Walaupun durian amat popular di Sydney, namun buah istimewa ini belum mendapat perhatian di Melbourne, yang mempunyai 70,000 rakyat Malaysia selain 9,000 pelajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...