Isnin, 28 Oktober 2013

Konflik Syria petanda akhir zaman


Konflik Syria petanda akhir zaman
Nazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam.
 
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.

Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).

Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama.

Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a.

Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.

Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka.

Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.

Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati.

Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan.

Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.

Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau Amerika, Rusia atau China?

Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita, rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya.

Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”. Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu.

Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini? Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran.
Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria.
Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria.

Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.

Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?

Wallahua’lam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman dalam sejarah bab perang.

Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”.

Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam...tak mustahil berlaku.

Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?

Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.

Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).

Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik).

Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).

Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.

Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab.

Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya.

Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.

Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat Ustaz?

Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka.

Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.

Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Petikan dari akhbar "sinar harian".
 

Irfan, Fadhli sah milik Johor DT


Irfan, Fadhli sah milik Johor DT
Tunku Ismail bergambar bersama pemain baru untuk pasukan Johor DT, Muhd Fadhli Shas (kiri) dan Mohd Irfan Fazail.
 
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengikat dua pemain Harimau Muda dalam memantapkan barisan pemainnya dalam misi memburu kemenangan untuk persaingan Liga Malaysia tahun hadapan, lapor NORSHIKIN MOHD SALLEH.

Dua pemain tersebut, Mohd Irfan Fazail dan Muhd Fadhli Shas, masing-masing berusia 22 tahun mengikat kontrak selama dua tahun untuk bersama Johor Darul Takzim (DT) dengan tawaran pilihan dua tahun lagi.

Sesi perkenalan dua pemain tersebut dilakukan Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga turut mengesahkan mengekalkan sembilan pemain sedia ada untuk terus menyarung jersi Harimau Selatan itu.

Beliau turut memaklumkan penyertaan tonggak Lions XII, Hariss Harun termasuk dalam proses perbincangan mengenai kedudukan Safee Sali dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.

“Saya gembira dan berbangga kerana kedua-dua pemain (Mohd Irfan dan Muhd Fadhli) kembali menabur bakti kepada negeri ini, sekali gus berharap mereka dapat menggunakan segala pengalaman untuk memantapkan lagi pasukan.

“Ia merupakan satu cabaran untuk menguji dan menaikkan prestasi untuk diri sendiri. Saya juga merasakan pilihan yang dibuat ini adalah tepat dan hakikatnya tidak sabar untuk menunggu Liga Malaysia musim depan bermula,” katanya di majlis memperkenalkan dua pemain muda secara rasmi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini semalam.

Menurut Irfan, yang juga kapten Harimau Muda, beliau berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana membantu merealisasikan hasratnya untuk berbakti kepada Johor.

"Saya akan menggunakan segala pengalaman bersama Harimau Muda dalam menaikkan lagi nama pasukan Johor Darul Takzim, “ katanya.

Bagi Mohd Fadhli pula, pilihan untuk bermain dengan Johor DT musim depan adalah keputusan yang amat tepat berikutan daripada kebangkitan bola sepak Johor pada ketika ini.

Antara pemain yang dikekalkan Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Muhammad Akram Mahinan, Hadin Azman, Jasazrin Jamaluddin termasuk penjaga gol, Mohd Al-Hafiz Hamzah.

Katanya, PBNJ juga dalam perbincangan mengenai status dua pemain Lions XII iaitu Shahril Ishak dan Baihakki Khaizan untuk pasukan Johor yang beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Dalam perkembangan lain, pasukan Harimau Selatan mengumumkan Nike sebagai pembekal kit untuk kedua-dua pasukan bermula musim depan selama dua tahun bermula dari 2014.
 
 

Banjir Madinah 2013 - jasad para sahabat nabi timbul masih utuh dan berdarah




BANJIR MADINAH 2013 - JASAD PARA SAHABAT NABI TIMBUL MASIH UTUH DAN BERDARAH | Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah beberapa ribu tahun.
Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.
 
 

Isnin, 21 Oktober 2013

(video) penjelasan yang cukup jelas dari DR ZAKIR NAIK mengenai JESUS CHRIST (NABI ISA)



video 1
 

video 2
 

video 3
 
 
DR ZAKIR NAIK menjawab soalan dari seorang lelaki kristian bernama MAHESH yg merupakan seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di dubai. beliau bertanyakan mengenai keyakinan islam yg tidak ditipu oleh syaitan dan dajjal bahawa jesus telah disalib demi dosa kita. DR ZAKIR NAIK telah memberikan jawapan yg tepat sehingga lelaki yg bertanyakan soalan itu terkedu-kedu dan tergamam.
 
 

Isu kalimah ALLAH: Sabah, Sarawak tak terlibat


Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 
KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah ALLAH, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah ALLAH pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'ALLAH' bagi merujuk kepada Tuhan.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia. - Bernama

"keliru, keliru, keliru dan semakin keliru jadinya???.....
x faham, x faham, x faham dan semakin x faham gamaknya???.....
pelik, pelik, pelik dan semakin peliknya nampaknya???....."


Sabtu, 19 Oktober 2013

Kalimah ALLAH milik semua???


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka.

Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam.

Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’.

“Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

“Maka isu kalimah ALLAH tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka
menggunakannya,” kata bekas Mufti Perlis itu.

Katanya, isu kalimah ALLAH ini menjadi sejarah menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia kerana masalah ini tidak pernah wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab menggunakan perkataan ALLAH apabila merujuk kepada Tuhan sejak sebelum dan selepas
zaman Nabi Muhammad SAW.

“Bahkan kaum Quraisy sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah, yang bermaksud hamba ALLAH,padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah,” katanya.

Kata Asri, Kristian Qibti di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan sebagai ALLAH.

“Demikian juga Kristian Lebanon dan Jordan. Gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ALLAH sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS.

“Bukan sahaja perkataan ALLAH. Banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian, (termasuk) nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan di Malaysia berbeza dan tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam, malah kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya tidak berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan provokasi.

"Berdasarkan hukum agama, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Demi kesejahteraan dan menghormati beberapa negeri, ia diselaraskan supaya tidak dibenarkan. Kerajaan perlu juga harus tampil menjelaskan mengapa ia (kalimah ALLAH) tidak boleh digunakan.

"Mungkin ada sesetengah pihak mendakwa kalimah ALLAH di dalam Bible seolah-olah ada agenda tertentu. Kerana itu, saya katakan, kerajaan tampil dengan peraturan sebegini. Cuma, tiada penjelasan yang dibuat. Mesti ada hujah,” katanya.

Dalam membuat perbandingan isu kalimah ALLAH di negara ini, Asri turut memberi satu contoh di mana seorang pekerja kaunter keluar menunaikan solat sunat dhuha, dan ketiadaan pekerja kaunter itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut walaupun untuk beberapa minit.

“Lalu ketuanya mengeluarkan peraturan, tidak membenarkan solat dhuha di pejabat kerana tidak mahu keadaan yang sama berulang. Ia jelas, bukan tidak membenarkan solat, tetapi jangan dilakukan pada waktu bekerja, memandangkan pekerjaannya berbentuk perkhidmatan,” katanya.

Asri berkata, kalimah ALLAH sebenarnya sudah lama digunakan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam lagu negeri masing-masing.

“Pernah ke dengar (dalam) lagu negeri, baris yang ada kalimah ALLAH, orang bukan Islam tukar kepada nama Tuhan mereka?

“ALLAH adalah untuk semua. ALLAH itu menjelaskan Tuhan yang satu. Contoh lain yang saya ambil, seorang Cina mengatakan: ‘Hari ini Tuhan ALLAH kasi turun hujan. Adakah kita nak marah Cina itu? Adakah perlu kita betulkan ayatnya dengan mengatakan Tuhan kamu bukan ALLAH? Jika ada, ia sudah tidak mengesakan ALLAH lagi,” katanya.

“Itu adalah realiti. Kalau ada yang keliru, mereka tidak jelas dengan akidah. Saya tidak bela orang kafir, tetapi kafir di Arab menggunakan kalimah ALLAH sejak dahulu lagi.
"Mereka ini digelar musyrikin kerana mendakwa ada tuhan lain selain ALLAH. Ia sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya.

Asteroid diramal langgar bumi 19 tahun lagi


Asteroid diramal langgar bumi 19 tahun lagi
Lakaran artis menunjukkan asteroid 2013 Tv135 menuju ke Bumi.

Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada bom atom Nagasaki
MIAMI: Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032.     
“Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi,” kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu.

Pakar kaji bintang di Itali, Sepanyol, Britain dan Russia juga sudah mengesahkan kehadiran asteroid terbabit dan ia dimasukkan ke dalam senarai asteroid berbahaya Pusat Planet Kecil Kesatuan Astronomi Antarabangsa.

Jika ia menghentam Bumi, asteroid terbabit akan menyebabkan letupan yang sama kuat dengan 2,500 megatonm 50 kali lebih besar daripada bom nuklear paling kuat pernah digunakan atau 125,000 kali lebih besar daripada bom atom yang pernah digugur di Nagasaki pada Perang Dunia Kedua.

Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berkata kemungkinan untuk 2013 Tv135 terhempas ke Bumi adalah amat kecil, Pengurus Projek Objek Menghampiri Bumi (NEOP) yang ditadbir NASA, Don Yeomans berkata 2013 TV135 pakar astronomi Cremia di Ukraine 8 Oktober lalu dan hanya mempunyai masa kira-kira seminggu untuk membuat kajian.

“Mereka menganggarkan kemungkinan ia ‘menghentam Bumi’ adalah satu nisbah 63,000, bermakna kemungkinan untuk 2013 Tv135 tidak jatuh di Bumi ialah 99.998 peratus. Namun kemungkinan 0.02 peratus itu masih membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar. Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah antara 200 hingga 800 meter.

“Untuk sebuah asteroid, saiz ini adalah amat besar,” katanya.

Ia juga mencorong Timbalan Perdana Menteri Russia Dmitry Rogozin untuk mengumumkan di laman Twitter bahawa asteroid terbabit akan ‘memberi cabaran besar kepada industri angkasa lepas kebangsaan.

NEOP yang juga dikenali sebagai ‘pengawal angkasa lepas’ bertanggungjawab mengesan asteroid dan komet yang melintas hampir dengan Bumi untuk mengenal pasti sama ada ia boleh menyebabkan ancaman. Asteroid 2013 Tv135 adalah objek ke 10,332 yang dikesan menghampiri Bumi setakat ini. - REUTERS/AGENSI                               

Jumaat, 18 Oktober 2013

Penerbit filem hina Rasulullah tunai haji selepas masuk Islam.


RIYADH: Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.
Arnoud van Doorn dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.
van Doorn yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.


Foto

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, van Doorn menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.

van Doorn berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. - BERNAMA

وجدت الراحة والطمأنينة بجوار سيد البشر وانتظروا فيلمي المقبل عن محمد

Khamis, 10 Oktober 2013

Kawasaki Z250: Refleksi Ninja


Z250

SEJAK hujung tahun lalu, khabar angin berkenaan Z250 tersebar meluas dalam kalangan peminat motosikal tanah air. Ia menjadi bualan hangat sebaik sahaja Z800 ‘meletup’ di pasaran tempatan. Saya tidak hairan mengapa Z250 menjadi perhatian ramai kerana rekaannya berasaskan konsep naked Z800.

Selepas dilancarkan pada hujung September lalu, ahli keluarga Z terbaharu ini tampil dengan rekaan agresif. Beberapa ciri Z250 berkongsi dengan model fairing penuh Ninja 250R termasuklah unit enjin, kerangka, panel meter, fork hadapan dan juga tetapan sistem suspensi belakang.

Setelah menguji model naked versi kecil ini di trek Speedway PLUS Circuit pada hari pelancarannya, sesi tunggang uji dijalankan semula bagi menguji prestasi di jalan raya biasa, lebih-lebih lagi apabila ia diperkenalkan dengan tagline Rule the Street.

Melihat daripada pandangan hadapan, Z250 tampak tegap dan berkarakter. Ciri street-fighter terserlah dengan kedudukan lampu, rekaan lampu, reka bentuk tangki dan penutup sisi enjin yang lebar.

Akan tetapi, apabila saya melihat daripada sudut sisi, susun atur enjin agak lompong sedikit. Ia bukanlah satu isu yang besar memandangkan ia cuma menggunakan enjin 250cc.

Kedudukan tunggangan lebih selesa berbanding Ninja 250R. Hal ini disebabkan bar pemegang lebih lebar berbanding model replika perlumbaan 250cc itu. Postur tunggangan lebih santai dan sesuai untuk tunggangan di kawasan bandar.

Melihat kepada panel meter, ia menggunakan set instrumen Ninja 250R yang menggabungkan takometer analog dengan skrin digital LCD pelbagai fungsi. Cuma, ia menggunakan cahaya latar berwarna oren, berbeza dengan Ninja yang menggunakan cahaya putih pada panel meter.

Perkara yang sangat saya senangi dengan Z250 ialah tentang klac yang ringan. Ia menjadikan kawalan mudah dan ia sangat sesuai untuk dijadikan motosikal permulaan bagi wanita yang ingin berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa tinggi.

Prestasi enjin empat lejang juga tidak banyak berbeza dengan prestasi Ninja 250R. Unit penjana kuasa yang mengekstrak 31.5 kuasa kuda pada kitaran 11,000 rpm lancar dengan gabungan sistem suntikan bahan api. Sistem suntikan bahan api teknologi Kawasaki tersebut memastikan jumlah penggunaan bahan api ideal di dalam semua keadaan tunggangan.

Padanan teknologi injap dual-throttle pula berfungsi untuk memastikan tindak balas lebih lancar di seluruh julat rpm. Sepanjang perjalanan, saya merasakan kawalan pendikit memberi respons yang baik kepada pengagihan kuasa enjin.

Semasa pecutan, ia mudah mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j). Setiap kali perubahan gear dilaksanakan, ada kalanya saya terasa anjakan terhasil daripada kuasa enjin. Menguji Z250 di lebuh raya dalam kelajuan sekitar 125km/j hingga 140 km/j, saya mula merasakan arus angin yang agak kuat. Mungkin ia memerlukan pengadang angin yang lebih besar untuk keselesaan pecutan di lebuh raya.

Daripada aspek pengendalian di selekoh pula, motosikal ini tidak mempunyai sebarang isu untuk menghadapi pelbagai corak selekoh. Z250 ringan dan mudah dikendalikan. Peredam bunyi ‘short style’ yang ditampilkan pula direka khas untuk tidak mengganggu sudut tirus ketika mengambil selekoh.

Fork hadapan teleskopik 317 milimeter(mm) dan penyerap hentak Uni-Trak belakang boleh laras memainkan peranan yang penting dalam prestasi pengendalian. Ia telah ditetapkan untuk memperoleh keselesaan tunggangan di jalan raya biasa.

Secara keseluruhan, Z250 menawarkan tunggangan yang menyeronokkan dan sangat sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar. Dijual dengan tanda harga RM21,589, Z250 pasti mendapat tempat dalam pasaran kelak.

Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?


Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?
Gambar yang tersebar di laman Facebook.PASIR PANJANG

Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.

Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.

Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.

Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.

Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.

Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.

"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.

“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.

“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.

Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.

Khamis, 3 Oktober 2013

Supermoto generasi baharu


Supermoto generasi baharu

BEBERAPA minggu lalu, saya telah mengeluarkan rencana tunggang uji Ducati Hyperstrada, dan pada kali ini, saya berbesar hati untuk berkongsi pengalaman bersama Hypermotard pula. Walaupun sibuk dengan lambakan kerja yang berselerakan di atas meja, saya terpaksa meninggalkan hal itu untuk merasai kehebatan jentera negara spageti ini.

Apabila saya melangkah ke Ducati Malaysia, saya terbayang adegan kejar-mengejar Tom Cruise dalam filem Knight and Day bersama Cameron Diaz. Walaupun aksi tersebut menggunakan Hypermotard 1100, saya masih dapat merasakan generasi baharu Hypermotard yang hanya dikuasakan enjin 821cc tidak kurang hebatnya.

Bermula dengan hasil kreativiti Pierre Terblanche, rekaan supermoto Ducati mendapat perhatian di EICMA pada tahun 2005 sebelum mula berada dalam pasaran pada tahun 2007. Pengeluar yang bertapak di Borgo Panigale ini menyedari permintaan kepada segmen motard semakin berkembang. Mereka meneruskan lagi peluasan pengaruh supermoto dengan memperkenalkan Hypermotard 796 pada tahun 2009.

Pengurusan strategik Ducati tidak pernah jemu untuk menghasilkan produk yang terbaik dan menepati kehendak pasaran.

Hasilnya, pada EICMA 2012 telah menyaksikan tiga variasi Hypermotard mewarnai kempen automotif di Milan itu. Ducati begitu megah dengan daya tarikan Hypermotard, Hypermotard SP, dan Hyperstrada. Ketiga-tiga varian tersebut telah menerima pelbagai penambahbaikan daripada segi set jana kuasa Testastretta baharu, kerangka, suspensi, sistem ekzos, sistem sokongan elektronik dan juga daripada aspek ergonomik.

Prestasi impresif

Hypermotard telah menerima unit enjin baharu berkuasa 821cc sejukan cecair. Berbeza dengan generasi sebelumnya yang menggunakan enjin sejukan udara 1078cc bagi Hyper model pertama dan 803cc bagi model 796.

Sebelum menghidupkan enjin Hypermotard, saya terpaksa melangkah tinggi untuk naik ke atas pelana motosikal ini.

Hypermotard merupakan model yang mempunyai kedudukan tempat duduk yang paling tinggi di antara kesemua barisan jentera Ducati. Saya dapat merasakan perbezaan dari segi ketinggian di mana Hyperstrada sedikit lebih rendah berbanding Hypermotard. Cuak juga bila membayangkan keadaan trafik di ibu kota yang sesak. Walaupun ketinggian saya 175 sentimeter, saya masih tergantung di atas pelana. Saya terpaksa mencondongkan sedikit motosikal untuk menjejakkan kaki ke tanah.

Selepas gear enam kelajuan yang disokong klac basah APTC dimasukkan, saya melepaskan tuil klac dan mengenakan sedikit pulasan pendikit Ride-by-Wire (RbW). Keupayaan Hypermotard sedikit berbeza jika dibandingkan dengan Hyperstrada walaupun ia berkongsi enjin dan teknologi yang sama.

Saya dapat merasai perbezaan nyata daripada segi karakter enjin. Hypermotard sedikit liar berbanding Hyperstrada. Walaupun Hypermotard mempunyai jumlah tork yang sama – 89Nm pada 7,750rpm, Ducati telah menetapkan pemetaan enjin yang berbeza bagi penyesuaian karakter di antara dua model ini.

Kedudukan tunggangan Hypermotard lebih santai dan tidak memenatkan. Kedudukan bar hendal, jarak antara pegangan hendal dan tempat duduk serta kedudukan pemijak kaki menjadikan sudut tunggangan ergonomik dapat dicapai.

Pada awal tunggangan, saya memilih mod Urban bagi penyesuaian kuasa 75 kuasa kuda di kawasan dalam bandar.

Pengendalian motosikal ini tidaklah sesukar mana walaupun ia tinggi, malah, ia memberikan keyakinan semasa mencelah dalam kesesakan lalu lintas.

Merentasi lebuh raya, saya mengubah mod tunggangan kepada Sport. Perubahan mod tunggangan cukup mudah dilakukan.

Setelah tetapan mod dilakukan dengan hanya menekan butang pada sebelah kiri bar pemegang, saya hanya perlu melepaskan pendikit dan brek seketika. Ia memerlukan dua saat untuk bertindak balas bagi merasai respons enjin berkuasa penuh – 110 kuasa kuda.

Respons daripada enjin dapat dirasakan dengan serta-merta. Ia lebih mantap daripada segi daya pecutan. Keghairahan mula hadir untuk menguji pecutan akhir jentera ini. Dengan keadaan tunduk rapat ke tangki, walaupun tanpa pengadang angin,
Hypermotard dapat mencapai kelajuan tertinggi pada kelajuan 223 kilometer sejam (km/j). Kerangka baharu Trellis ampuh untuk menyokong kuasa enjin dan sekali gus menjadikan tunggangan lebih stabil dan ergonomik.

Dalam kelajuan tinggi, enjin Testastretta stabil dan gegaran adalah pada tahap yang minimum. Selepas berlibur dengan mod Sport, saya menukar tetapan kepada mod Touring untuk tunggangan yang lebih santai. Walaupun tahap pelepasan kuasa kuda juga pada 110hp, ia tidak seagresif mod Sport. Sedikit perbezaan daripada segi tahap daya pecutan dan tetapan sistem Ducati Traction Control (DTC). Setiap mod tunggangan yang telah diprogramkan akan menukar karakter enjin, tahap ABS dan juga sistem DTC.

Kawalan ergonomik

Puas bermain dengan respons pendikit, saya meneruskan perjalanan ke kawasan yang mempunyai jalan berselekoh. Pada awalnya, saya agak kurang yakin untuk menurunkan badan ketika mengambil selekoh tajam. Mungkin kerana aspek ketinggiannya, saya agak gayat. Namun, setelah beberapa selekoh ditempuhi, ia semakin menyeronokkan. Pautan kepada bar pemegang yang lebar dan respons enjin yang baik di sepanjang selekoh membuatkan saya ketagihan. Alangkah baiknya jika saya dapat menguji Hypermotard di dalam trek.

Versi Hyper yang saya uji ini dilengkapi dengan sistem suspensi Kayaba 43mm terbalik pada fork hadapan dan monoshock Sachs di bahagian belakang. Pasukan pereka Ducati cukup bijak mengeksploitasi kehebatan Multistrada, Diavel dan Panigale untuk menghasilkan jentera motard ini.

Di sepanjang tunggangan, sistem brek jentera ini meyakinkan. Ia dilengkapi dengan dua cakera 320 milimeter berserta angkup Brembo M4-32 Monobloc empat piston di hadapan. Pada bahagian belakang pula, ia dilengkapi dengan brek cakera tunggal 245mm dan angkup dua piston.

Sesi tunggangan bersama Hypermotard sangat menyeronokkan. Ia cukup sesuai buat jiwa muda yang gemarkan gaya dan kuasa. Semasa saya menyinggahi stesen minyak, ada seorang pemuda menyapa mesra dari belakang, dan bersungguh sungguh bertanyakan tentang jentera ini. Selepas saya diberitahu harga Hypermotard versi pemasangan tempatan hanya sekitar RM65,000 sehingga RM75,000, saya tidak berasa hairan jika ramai yang akan memiliki Hypermotard kelak. Harga tepat supermoto ini boleh didapati pada acara berprestij MotoGP Malaysia di Sepang 11 hingga 13 Oktober ini. Sudah pasti saya juga akan berada di sana untuk nantikan kemunculan pertama Panigale 899 di Malaysia!  

petikan dari "sinar harian"

Rabu, 2 Oktober 2013

jangan sekadar hangat-hangat hati ayam


Johor mahu banteras ejen perumahan haram

Nusajaya: Kerajaan Johor akan membanteras kegiatan ejen perumahan haram yang semakin berleluasa di negeri ini dan mengaut keuntungan atas angin bernilai ribuan ringgit.

Ia bagi mengelakkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana ditipu oleh ejen haram kerana kerajaan negeri tidak pernah individu atau syarikat sebagai ejen perumahan mampu bilik yang dibina kerajaan negeri.
Difahamkan, ejen akan mengenakan bayaran RM3,000 hingga RM7,000 bagi setiap permohonan rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri, selain menggunakan nama orang kenamaan tertentu untuk meyakinkan pembeli.


Perkara serius

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi, berkata pihaknya melihat perkara itu semakin serius kerana sebilangan besar ejen haram itu menipu rakyat.

“Kerajaan memberi amaran kepada ejen ini supaya menghentikannya dan tindakan tegas akan diambil jika mereka masih melakukan perbuatan itu.

“Ini kerana setiap urusan pembelian rumah mampu milik perlu dilakukan secara terus kepada unit perumahan yang dikawal selia Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perumahan Negeri Johor, tanpa orang tengah atau ejen,” katanya kepada BH, semalam.

Bela nasib rakyat

Abd Latif berkata, keputusan kerajaan membanteras ejen ini bagi membela nasib rakyat, selain memastikan harga rumah terus pada tahap sederhana.
Komitmen ini disuarakan sendiri Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang mahu merakyatkan kerajaan menerusi semangat permuafakatan Johor.

“Mesyuarat EXCO baru-baru ini bersetuju dan memutuskan usaha memerangi ejen perumahan haram ini perlu dilaksanakan bagi membela dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Kita menasihatkan orang ramai khususnya bakal pembeli tidak mudah terpedaya dengan sebarang janji manis jika ditawarkan kemudahan membeli rumah, sebaliknya perlu merujuk secara terus kepada unit perumahan,” katanya.

??????????

Selasa, 1 Oktober 2013

Kapal persiaran makin popular di Malaysia


Kapal persiaran makin popular
Industri pelancongan melalui kapal persiaran berpotensi untuk berkembang di Malaysia berdasarkan permintaan semakin meningkat di rantau ini.
 
Malaysia adalah antara negara berpotensi berkembang dalam industri pelancongan kapal persiaran berdasarkan perkembangan sektor itu di Asia Tenggara.

Pengarah Princess Cruises Asia Tenggara, Farriek Tawfik berkata, jumlah penumpang di rantau ini dijangka terus meningkat setiap tahun, dengan laporan Tourism Malaysia menunjukkan jumlah penumpang di Asia dan antarabangsa mencatat peningkatan sehingga 14 peratus sejak 10 tahun lalu dalam perniagaan kapal persiaran.

Beliau berkata demikian semasa sidang media memperkenalkan perjalanan musim baru kapal persiaran Princess Cruises bagi pasaran Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, syarikat pengendali kapal Princess Cruises, Carnival Corporation & Plc menyasarkan lebih 40,000 penumpang dari seluruh Asia Tenggara dan antarabangsa termasuk Malaysia bagi perjalanan dalam tempoh empat bulan musim pertamanya, tahun depan.

“Bagi tahun ini, kita sudah pun mencapai sasaran hampir 70 peratus jumlah penumpang iaitu melebihi 500,000 orang dari seluruh rantau Asia dan Eropah.

"Princess Cruises juga satu-satunya syarikat yang menawarkan perjalanan sehingga empat bulan,” katanya sambil menambah Princess Cruises berjaya meraih jualan sehingga S$50 juta (RM129) juta tahun ini.

Sementara itu, Farriek berkata, Princess Cruises sedang merancang untuk menerokai perniagaan menyewakan kapal persiaran kepada syarikat yang berminat.

“Perniagaan menyewa kapal persiaran sudah menjadi trend perniagaan dalam industri ini dan potensinya amat besar. Jika sebelum ini kami hanya menawarkan program ini kepada penumpang, selepas ini kita akan menjual program itu kepada syarikat yang berminat,” katanya.

Bermula dari November 2014 sehingga Februari 2015, Princess Cruises menerusi kapal persiaran Sapphire Princess akan memulakan pelayaran dari Singapura ke destinasi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur (Pelabuhan Klang) dan Melaka serta beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Indonesia, Vietnam dan Thailand.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...