Selasa, 18 Jun 2013

TANAMAN ANGGUR - bukan tanaman khusus beriklim sejuk (idris bald)




Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Negara Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur, di Malaysia, penanaman anggur hanya bermula sekitar tahun 1987.

Negeri Perlis yang terkenal dengan musim kemarau yang panjang dan suhu bersesuaian untuk penanaman anggur telah memulakan projek Perladangan Anggur Berskala Besar mulai tahun 2005. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, Pokok-pokok anggur yang ditanam di sini, di bawah pengurusan Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur.

Anggur ialah tanaman saka menjalar yang menghasilkan buah berbentuk bulat. Buahnya adalah jenis klimakterik. Terdapat empat varieti anggur yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu varieti IAC yang mempunyai buah berwarna hijau yang matang dalam tempoh 8-12 bulan, Black Queen mempunyai buah berwarna kehitaman yang matang dalam masa 9-12 bulan, Black Opal pula mempunyai buah berwarna hitam kebiruan yang matang selama 10-12 bulan, manakala varieti New white Malaga matang dalam tempoh 10-12 bulan dan buahnya berwarna hijau.

Para untuk tanaman anggur perlu dibuat supaya pokok anggur dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil. Ketinggian para bergantung kepada kesesuaian antara 5-6 kaki bagi memudahkan kerja pengurusan. Pokok anggur juga perlu dicantas bagi pengeluaran dahan dan pemangkasan untuk mengalakkan bunga dan buah. Cantasan pembungaan dan pembuahan dibuat dengan membuang semua daun anggur sehingga habis serta buang dahan yang masih hijau. Tinggalkan dahan yang berwarna coklat.

Pengurusan antara 100 – 120 hari, sebelum buah sedia di petik, penyiraman perlu dikurangkan atau dihentikan bagi memastikan buah yang dihasilkan manis. Kemarau yang panjang sehingga 3 – 4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis.

Menerusi kajian secara ilmiah mengenai buah anggur, diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan. Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak dan disebut-sebut sebagai makanan funsional yang banyak memberikan manafaat dari nutrisi yang terkandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular.



Info ringkas
MENANAM ANGGUR?


Pokok anggur pada suatu masa dulu hanya terdapat di negara bermusim kini sudah boleh di tanam di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Pokok anggur sesuai ditanam di tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian anggur. Selepas 14 hari dipangkas pokok anggur mula mengeluarkan jambak-jambak bunga halus. Dalam masa 100- 120 hari kemudian, sebelum buah sedia untuk dipetik penyiraman perlu dikurangkan atau dihentikan bagi memastikan buah yang akan dihasilkan manis. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid kegula supaya buah menjadi manis. Gambar yang tertera ini adalah gambar daripada Taman Anggur Perlis.




Nutrisi Buah Anggur
1. Kandungan vitamin C yang tinggi (108 mg – 18%)
2. Khasiat lain termasuk vitamin B1 (0.069 mg – 5%)
3. Mempunyai kalori yang rendah (69 kcal)
4. Mengandungi 80 peratus air dan nutrien yang baik
seperti Potassium (191 mg – 5%)
5. Mengandungi phytonutrien (Polyphenols), bahan aktif
dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan
penyakit jantung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...