Rabu, 31 Julai 2013

Khairy ucap takziah kepada keluarga Chua Boon Huat




KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan takziah kepada keluarga pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi tadi.

Khairy menganggap kematian pemain itu adalah kehilangan besar kepada dunia sukan negara.
"Saya mewakili KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Beliau sudah banyak mengharumkan nama negara dalam sukan hoki di peringkat antarabangsa.


"Jasanya akan tetap dikenang sampai bila-bila," katanya sebelum memulakan sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Chua, 33, maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, apabila kereta Proton Perdana dipandunya terlanggar sebuah lori tangki air, dalam kejadian 2.25 pagi.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...