Ancelotti terajui Real Madrid
Ancelotti

KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid mengumumkan pelantikan Carlo Ancelotti sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu berkuatkuasa semalam  bagi tempoh tiga tahun.

Semalam, laman rasmi Real mengesahkan Ancelotti meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) bagi mengisi jawatan kerusi panas ditinggalkan Jose Mourinho yang kembali semula ke Chelsea.

Sementara itu, PSG menamakan Laurent Blanc bagi mengemudi kelab Lique 1 bagi musim 2013/14.

"Real Madrid mempersembahkan Carlo Ancelotti sebagai ketua jurulatih baru untuk pasukan utama bagi tempoh tiga tahun bermula 26 Jun 2013.

"Beliau akan hadiri acara di Santiago Bernabeu sebelum bertemu media di bilik sidang akhbar," kata kenyataan kelab itu.

Ancelotti membimbing PSG pada Disember 2011 dan menghadiahkan gelaran liga buat kali ketiga dalam sejarah kelab sejak kemarau 19 tahun lalu.