Sikap
beberapa buah negara Arab terhadap pemerintahan Dr Muhammad Mursi di
Mesir mencurigakan. Kenapa mereka bersikap demikian? Sama2lah kita
perhatikan tindak tanduk mereka selepas kejatuhan Muirsi, ketika
kejatuhannya dan semasa pemerintahannya.
Berita
terbaharu mengatakan bahawa Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Imarat
telah bersetuju memberi bantuan kpd Kerajaan Baru Mesir masing2 sebanyak
5 dan 3 bilion dolar.
Di mana
mereka selama ini ketika Kerajaan Presiden Muhammad Mursi berhempas
pulas unt mengatasi kegawatan ekonomi Mesir dan mendapat tekanan dlm
perundingan dg Bank Dunia dan IMF? Ketika itu hanya Qatar yg bersedia
membantu dg menyuntik pelaburan dan memberi bantuan kpd Mesir. Tetapi
semua ini tidaklah menghairankan.
Sebaik
sahaja Mursi digulingkan oleh tentera dan sebelum lagi Presiden
Sementara, Adli Mansur, mengankat sumpah, Raja Arab Saudi telah
mengutuskan ucapan tahniah kpd beliau.
Menteri
Luar Imarat pula teus terang menyatakan kegembiraan yg tidak terhingga
dg kejatuhan Presiden Mursi. Inilah wajah2 kepimpinan kononnya negara
Islam yg tidak tahu malu. Mereka sebenarnya bimbang dg kemunculan sebuah
pemerintahan berlandaskan Islam yg sederhana melalui proses demokrasi
yg berlawanan sama sekali dg sistem pemerintahan mereka yg beraja mutlak
dan kolot.
Mereka
bimbang kalau2 rakyat mereka akan terpengaruh dg angin peruahan yg
melnda Mesir dan negara2 Afrika Utara dan bangkit menuntut perubahan yg
sama dilakukan di negara2 mereka. Terdapat berita2 yg mengatakan bahawa
negara2 Teluk membiayai tunjuk2 perasaan menentang Mursi di Mesir dg
menyalurkan bantuan kewangan berjuta ringgit kpd puak2 liberal-sekular
dan apa sahaja yg memusuhi Mursi dan pemerintahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan