Walaupun Perdana Menteri
Israel, Benjamin Netanyahu melarang seluruh Menterinya mengulas tentang
rampasan kuasa yang dilakukan Tentera Mesir terhadap Presiden Mesir
Muhammad Mursi, namun elit Keselamatan Zionis telah melihat adanya
langkah baru yang membolehkan Israel mengurangkan kesan negatif yang
ditimbulkan dari Arab Spring yang selama ini terjadi.
Menurut Israel
penggulingan Muhammad Mursi merupakan titik mula menuju era baru yang
akan membebaskan Israel dari pelbagai ancaman yang ditimbulkan oleh Arab
Spring.
Peristiwa Penggulingan Muhammad Mursi ini Bagi Israel telah membuka beberapa jalan sebagai berikut:
Pertama:
mengembalikan perkongsian strategik yang telah dibina antara Israel dan
Rejim Mubarak yang yang telah digulingkan, dimana perkongsian tersebut
dihentikan semasa pemerintahan Mursi. Seperti kata Pengarah "Amos
Yadlin", bekas ketua Bahagian Perisikan Tentera dan Pusat penelitian
Keselamatan nasional Israel, kementerian Strategik yang diharapkan Tel
Aviv setelah tumbangnya pemerintahan Mursi adalah untuk mencengkam
kembali Mesir bagi membantu negara haram yahudi menghadapi beberapa
ancaman seperti "Keganasan" di Palestin, dan kerjasama dalam menghadapi
gerakan Jihad Global.
Kedua: membina
semula ikatan kuasa-kuasa serantau Arab untuk kepentingan negara haram
yahudi. Ikatan yahudi dengan negara arab sangat lemah ketika Ikhwanul
Muslimin memimpin Mesir. Bagi kerajaan haram Yahudi Kejatuhan Mursi akan
mengembalikan kekuatannya untuk membina semula ikatan di dunia arab.
Ketiga: jatuhnya
Mursi akan di ikuti perdebatan awam antara pro mursi dan penentangnya,
serta meningkatnya polar perseketaan antara Sunni dan Syiah yang akan
menukar pandangan awam dari konflik arab-Israel. Hal ini akan memberikan
negara haram yahudi berpeluang besar untuk mencapai tujuan-tujuannya di
negara Arab, terutama Palestin.
Keempat:
Kejatuhan Mursi menurut negara haram Yahudi adalah pukulan terhadap
Hamas, dimana sepanjang pemerintahan Mursi, Hamas mempunyai strategi
yang lebih baik dalam menghadapi Israel.
Kelima:
berkuasanya tentera Mesir akan membuka peluang Amerika Syarikat untuk
mengembalikan kedudukan strategik di wilayah tersebut dan peristiwa
rampasan kuasa Mursi ini akan sangat menguntungkan bagi kerajaan
laknatullah Yahudi untuk mengukuhkan kembali status wilayah haram Tel
Aviv.
Keenam: Kejatuhan
Mursi tidak diragukan lagi akan memberikan keuntungan bagi kepentingan
kerajaan laknat Yahudi di wilayah Syria. Menurut sumber bahagian
Perisikan Tentera "Aman" bahawa kerajaan Mursi telah menyumbang dalam
meningkatkan kekuatan Gerakan Islam di Syria dimana hal ini bertentangan
dengan kepentingan Yahudi.
Diterjemahkan oleh "Wan Ridhwan" dari sumber eramuslim.com, rejim syiah Assad dan Yahudi antara yang sangat gembira atas kejatuhan Mursi. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Diterjemahkan oleh "Wan Ridhwan" dari sumber eramuslim.com, rejim syiah Assad dan Yahudi antara yang sangat gembira atas kejatuhan Mursi. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Tiada ulasan:
Catat Ulasan