Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Bagaimana
Sultan Muhammad al-Fatih
Sultan Muhammad al-Fatih
bebaskan Kota Istanbul
ء
[Sultan
Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Kota
Konstantinopel pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota
ini pada 29 Mei 1453].
546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya – Konstantinopel.
Tulisan ini cuba
melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang
kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya
dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin
seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al-Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan.
c. Kehendak yang kuat.
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat.
e.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau
mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan
melengkapkan skil berkenaan.
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta.
Sebelum
isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota
Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan.
Kota
ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat
Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah
benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di
bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan
di Selat Bosphorus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal
melepasinya.
Konstantinapole
telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan
dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia
terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan
Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan
mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik,
memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan
dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu
Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini
selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya
800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini
menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih
masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan
pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan
berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.
Dr. Danial Zainal - Halaqah – AL-FATEH Part 1
Dr. Danial Zainal - Halaqah – AL-FATEH Part 2
Dr. Danial Zainal - Halaqah – AL-FATEH Part 3
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia
bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih
guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu,
seorang anak yang nakal.
Sejak
berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan
disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih
kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada
guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan
turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu
kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang
kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan
guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas
kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya
nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan
memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan
Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur’an. Dilatih untuk sembahyang
malam. Dibentuk menjadi wara’ dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan
ulama’. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus.
Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila
baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai
pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunyalah
yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah
bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan
itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan
Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal
raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik,
baginda dapat berbahasa lebih daripada lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalambahasa Arab.
Baginda
juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar
ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada
beliau.
Lama
sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh
telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai
sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa
rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya
untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a.
Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi
yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari
satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera
baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan
bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari
kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah
tanah yang dalam dan panjang!.
Berat
setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh
100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh
didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok
yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah!
Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan
Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia
adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan
kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal
di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti
disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan
sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas
batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk
melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada
masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan
dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi
rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400
kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan
pengepungan sebelah daratan.
c.
Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka
terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika
sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia
memakan masa selama setahun.
Sultan
Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota
Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan
segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng
Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu
dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling
sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing
sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya
bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in,
tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi
baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap
berminda strategik dan kreatif.
Sultan
Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari
jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal
sebelum melancarkan misinya.
Tetapi
yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk
minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh
Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang
akan dapat membebaskan Konstantinopel.
Sasaran,
visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda
ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah
pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari
sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak
umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan,
bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun,
dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin
Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad
diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang
berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah,
sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan
keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika
pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua
tentera Sultan Muhammad.
Melihat
150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu,
cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinopel yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang
kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan
melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis
Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik
dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada
kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota
Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa
yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda
memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti
pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah
meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan
seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada
tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat
tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.
tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda
tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat
Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini
kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad ‘ibn Ismail Al-Kori:
Guru
istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang
yang wara’, tidak menyembah Sultansama seperti orang lain memberikan
tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama
mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan
mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang
Ramadhan, Sultan Muhammad menghadiri kelas mentafsir ayat-ayat Al
Qur’an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan
guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad
ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur’an, hukum-hukum agama dan
kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan
Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan
dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba’q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau
telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatn aktiviti dakwah dan
keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan
empayar tersebut.
Beliaulah
yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja
terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya
itu.
Selain
mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab
mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan
lain-lain.
Beliaulah
yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang
mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja.
Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh
bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah
tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga
lagi.
Shamsuddin
meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan
misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu
tercapai.
Kerana
itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru
yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah.
Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan