Jumaat, 5 Julai 2013

Sebab Raja Saudi terlalu gembira dengan penggulingan Morsi


"Adli Mansour Presiden Baru Mesir dari Kristian Qibti (gambar kiri)

Buat pertama kali dalam sejarah moden negara Arab mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar. Presiden Mesir yang baru di gulingkan Dr Muhammad Morsi walaupun tidak sampai setahun memerintah mempunyai akhlak dan ilmu Islam yang tinggi. Beliau diberitakan sentiasa bermunajat kehadrat Allah bagi memohon bimbingan memerintah Mesir dan juga seorang yang hafiz al-Quran.

Kerajaan Islam Mesir tumbang akibat dari pengkhianatan dari golongan Islam sendiri yang terdiri dari Parti Nur, yang dianggotai oleh golongan Salafi yang mendapat bantuan dari Arab Saudi.

Sebaik saja Parti Nur mengalihkan sokongan kepada tentera, Saudi dengan serta-merta menjanjikan habuan sebanyak $150 juta dolar setahun kepada parti tersebut. Setelah berjaya menggulingkan Morsi barulah Saud menawarkan bantuan ekonomi kepada Mesir. Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi $3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari. Saud yang mengaku sebagai pemimpin negara Islam Sunni ini telah menjalankan usaha menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Sunni dengan bantuan golongan Salafi. Tetapi sungguh amat menghairankan atas dasar apakah yang membolehkan mereka menjatuhkan seorang pemimpin Islam yang warak tetapi melantik Adli Mansur seorang Kristian Qibti dengan sokongan penuh gereja Coptic!

Saud yang dulunya mencipta sejarah apabila pertama kali membebaskan bumi Mekah dan Madinah dari pemerintahan khalifah Othmaniyyah, kali ini pula dengan bantuan Saud buat pertama kalinya selepas Amru Ibn Al A’s R.A. membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah Khalifah Omar Ibn Al Khattab RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja! Sehingga malam kelmarin 2013 termaktub dalam sejarah umat Islam diperintah oleh Kristian Qibti (Coptic).

Bagaimanakah Saud Menggerakan Rancangannya

Kekuatan tentera Mesir sahaja tanpa bantuan dari luar tidak mampu untuk menggulingkan Dr Morsi kerana dalam kalangan general terdapat juga sokongan kepada Dr Morsi. Perancangan tersebut memerlukan perancangan yang teliti dan kewangan yang besar. Ia memerlukan bantuan dari agensi perisikan, inilah sumbangan dari Saudi dan Dubai.

Arab Saudi dan UAE mengerahkan segala kekuatan dan kewangan dengan menaja beberapa orang general yang berpengaruh. Denagn jatuhnya Dr. Morsi melalui rampasan kuasa tentera, Raja Saudi, Abdullah berjaya membalas dendam atas kejatuhan sekutu kuatnya Hosni Mubarak pada Februari 2011 yang lalu. Dua negara ini bergabung bagi menjatuhkan Ikhwan dan menjamin bantuan kewangan kepada General Abdel Fattah El-Sisi, Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera, seperti berikut:

  1. Arab Saudi dan UAE menjamin bantuan ketenteraan tahunan sebanyak $1.3 billion dolar jika pentadbiran Obama menyekat bantuan akibat rampasan kuasa.

  2. Saudi, UAE dan negara-negara teluk lain, seperti Bahrain dan Kuwait, akan serta-merta memberi bantuan kewangan segera yang mencukupi bagi menggerakkan ekonomi Mesir. Rakyat Mesir dijamin mempunyai taraf hidup lebih baik dan makanan yang mencukupi berbanding semasa diperintah oleh Ikhwan.

  3. Mengikut beberapa sumber, Saudi dan UAE menjanjikan jumalah yang sama seperti diberikan oleh Qatar kepada Ikhwan tahun lepas iaitu sebanyak $13 billion dolar.
Maka tersingkaplah sandiwara yang mereka laungkan kononnya mereka memperjuangkan pembebasan al-Aqsa, padahal merekalah merupakan batu penghalang. Disaat hasrat umat Islam hampir tercapai untuk melihat pembebasan al-Aqsa, maka ketika itulah mereka menggerakkan rancangan untuk menggagalkan kekuatan umat Islam ini. Kenapa tidak dengan segala keupayaan perisikan, ketenteraan dan kewangan mereka sepatutnya menggerakkan untuk pembebasan al-Aqsa tetapi sebaliknya menumbangkan kerajaaan Islam yang bertekad untuk menjayakannya!

Apakah Matlamat Krisis Asia Barat

Dengan jatuhnya Ikhwan di Mesir ia memberikan impak yang amat besar kepada Israel. Kesan sertamerta dalam tempoh yang terdekat ialah ia memberikan kelegaan terhadap keselamatan Israel terutamanya bahaya yang dihadapi Israel dari Sinai. Tetapi yang menghadapi kesan yang paling teruk ialah pejuang Palestin Hamas, yang selama ini mendapat bantuan kewangan dan ketenteraan dari kerajaan Morsi. Sudahlah kekurangan bantuan persenjataan berat akibat putus hubungan dengan Iran hasil dari krisis Sunni-Syiah yang berlarutan, maka pasti rancangan Israel untuk meluaskan wilayahnya menjadi lebih mudah.

Suasana peperangan di Asia Barat hari ini hanyalah mempunyai satu matlamat iaitu untuk menjamin keutuhan Israel. Ia terbukti sebaik sahaja Kerajaan Islam pimpinan Dr Morsi digulingkan, tentera Mesir yang lengkap bersenjata dan menggunakan jentolak menutup laluan ke Gaza yang dibuka oleh Dr. Morsi bagi membantu umat Islam Palestin. Laluan terowong antara Mesir dan Gaza adalah satu-satunya laluan bagi mendapat bekalan untuk kehidupan seramai 1.8 juta penduduk Gaza sejak kepungan oleh Israel pada 2006.


Rejim Tentera Mesir Menutup Laluan Rafah Dengan Kawalan Ketat Tentera

Pertelingkahan yanng berlaku dikalangan umat Islam hari ini adalah kerana mereka gagal mengenali siapakah musuh sebenar mereka. Mereka enggan kembali kepada al-Quran padahal dalam al-Quran jelas menyatakan musuh sebenar bagi umat Islam ialah Yahudi dan Nasrani. Tetapi sebaliknya mereka sanggup menghabiskan segala sumber hasil dan kewangan yang Allah anugerahkan kepada mereka untuk menghunus senjata sesama Islam. Mereka perlu faham bahawa dengan mereka bersatu menentang Zionis barulah mereka dapat bersatu dan duduk semeja mencari titik persefahaman. Kerana unsur-unsur Zionis lah yang menjadi penghalang kepada kemenangan umat Islam kini. Mereka sentiasa mengadakan masalah supaya pertikaian sesama umat Islam berlarutan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...