Mengapa Mesir begitu penting kepada pihak yang cukup takut dengan pemerintahan Dr Muhammad Mursi?
Samada
kumpulan tamarrud atau kuasa-kuasa besar dunia. Elok kita lihat kelompok
yang bangkit atas nama 'Tamarrud' sehari dua ini. Tiga tokoh utama
Tamarrud ini merupakan orang yang berhajatkan jawatan Presiden Mesir
pasca Mubarak.Hamdan Sobahi dan Amru Musa calon yang tewas dalam
pusingan pertama pilihanraya Presiden. Manakala Muhammad Al Barada'ie
pula bekas bakal calon Presiden yang tidak tercalon pun dalam
pilihanraya tersebut.
Sebelum
revolusi, Barada'ie yang pernah berkhidmat dengan agensi PBB telah
melancarkan kempen untuk pembaharuan Mesir dengan meletakkan beliau
sebagai calon Presiden yang akan berlawan dengan Mubarak. Ketika itu
beliau menjalinkan hubungan dengan Ikhwan dan Dr Muhammad Mursi menjadi
timbalan beliau dalam Pakatan Politik tersebut. Harapan beliau Ikhwan
akan memberi sokongan kepada beliau sebagai calon Presiden. Malang bagi
beliau apabila Ikhwan memutuskan untuk meletakkan calon Presiden iaitu
Khairat As Syatir seorang dermawan yang banyak membuat kebajikan kepada
rakyat. Manakala Mursi sebagai calon simpanan sekiranya pencalonan As
Syatir ditolak. Maka hilang nama Barada'ie dalam senarai calon Presiden.
Jadi asasnya tiga orang pemimpin Tamarrud ini adalah bekas calon yang
tewas atau tidak tercalon dalam pilihanraya Presiden.
Manakala
kelompok berikutnya ialah bekas-bekas kroni rejim Hosni Mubarak dahulu
yang cukup bimbang jika kerajaan Mursi ini kuat dan mampi melaksanakan
reformasi politik dan ekonomi, kedudukan mereka terancam akibat jenayah
berat yang mereka lakukan dizaman Mubarak.Ibarat tali gantung atau
penjara sentiasa terbayang di kepala. Sebab itulah dengan apa jalan
sekalipun Mursi mesti dijatuhkan atau sekurang-kurangnya diganggu
sepanjang masa agak pemerintahan menjadi semakin buruk.
Kelompok
ketiga pula ialah sebahagian rakyat yang sememangnya marah dengan
pemerintahan Mursi yang bagi mereka selama 1 tahun tiada perubahan
seperti mereka kehendaki.Krisis petrol, sampah, roti sebagai makanan
asasi, kemiskinan dan jenayah menjadi hambatan. Harus dilihat bagaimana
dua kelompok teratas tadi yang memangkin kemarahan rakyat tersebut.
Dengan kerjasama polis, gengster, hakim dan kakitangan kanan kerajaan
yang setia dengan Mubarak dahulu, mereka tidak henti-henti melakukan
sebotaj. Untuk menukar syarikat pembersihan sampah pun sukar dilakukan
kerana sudah lama ia dikuasai oleh samseng-samseng yang besar
rangkaiannya. Hakikat inilah yang melanda Malaysia juga khususnya di
bandar-bandar besar. Ada kerajaan dalam kerajaan iaitu samseng yang
mentadbir Chow Kit dan hampir keseluruhan lorong dalam Kuala Lumpur.
Untuk berniaga tidak perlu bersusah ke PBT, cukup membayar kepada
samseng yang menjadi 'penjaga kawasan' dan mereka akan selesaikan. Sebab
itu kalau kita lihat kadang-kadang ada sebahagian perniagaan yang
dijalankan secara salah sehingga mengganggu teruk jalan tetapi tiada
tindakan.Sebab mereka sudah jadi raja setelah merasuah pihak berkuasa.
Balai
dekat dengan sarang pengedaran dadah, pelacuran dan judi di sesuatu
tempat tetapi tiada masalah.Sebab Big Bos sudah bayar pada Jeneral. Anda
tonton filem Gengster arahan anak Yusuf Haslam itu adalah sebahagian
hakikat besar yang melanda negara.Hal yang sama melanda seluruh negara
khususnya Mesir ini. Lebih hebat daripada itu mereka menguasai puluhan
ribu stesen Petrol dan NGV dan telah melakukan sebotaj catuan petrol
sehingga mendatangkan kemarahan rakyat.
Mursi
memerintah setahun tanpa Dewan Rakyat dan terbaru Dewan Senat pula
dibubar oleh kroni Mubarak yang masih menguasai pemerintahan. Pihak
polis yang tidak memberi kerjasama dan pelbagai kesulitan yang mereka
wujudkan untuk mengganggu perubahan yang akan dibuat. Jika di negara
dunia ketiga yang lain biasanya rakyat marah dengan permasalahan itu
disebabkan pemerintahnya yang rasuah, membazir dan hidup dengan
kemewahan. Sedangkan 1 tahun menjawat jawatan Presiden, Mursi hidup
lebih susah dan bergaji lebih kecil daripada sebelumnya.
Negara-negara
luar pula khususnya negara haram Israel cukup bimbang jika pintu
sempadan Mesir dikawal oleh bukan kroninya di zaman Mubarak. Ia akan
memberi kelebihan berganda kepada Hamas yang menguasai Ghaza. Begitu
juga dengan kebergantungan ekonomi dan keperluan asasi negara haram ini
yang terjalin erat dizaman Mubarak akan terganggu.Israel mengimport gas
asli dari Mesir untuk kegunaan rakyatnya. Maka tidak hairan pemimpin
Tamarud ini sanggup bekerjasama dengan Israel.
Hal yang
terbesar bagi saya ialah kedudukan Terusan Suez yang merupakan laluan
terpenting dunia duduk di dalam Mesir. Kapal-kapal daripada Barat
mahupun Timur yang hendak berdagang antara sati sama lain mesti melalui
Terusan Suez.Jika tidak menggunakan terusan laluan menjadi terlalu jauh
berganda-ganda untuk sampai ke denstinasi masing-masing. Maka jika
kerajaan yang tidak mesra Amerika mahupun kuasa-kuasa besar lain yang
memerintah Mesir maka ialah suatu malapetaka besar bagi mereka. Sebab
itulah melalui apa jalan sekalipun Mursi mesti ditumbangkan.Amerika
boleh membiayai sebarang gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pilihan
rakyat tersebut. Pentingnya Terusan Suez ini dapat dilihat ketika zaman
Jamal Abdul Nasir menjadi Presiden Mesir, ketika beliau berusaha untuk
memilik negarakan Terusan Suez, ia telah mengundang segera
tentera-tentera bersekutu dari tiga ke empat buah negara hendak
menyerang Mesir. Inilah hakikat yang penting.
Manakala
yang terakhirnya, jika Mesir aman dan membangun dengan baik, ia menjadi
ancaman kepada negara Barat. Dalam keadaan mereka sedang bergelut
dengan kemelut ekonomi yang parah, tiba-tiba Mesir yang hanya dipisahkan
dengan Laut Mediteranium itu membangun pesat. Kerana semenangnya
potensi Mesir besar. Maka rakyat dalam negara mereka akan menonton
kehebatan ini dan tidak mustahil mereka akan menukar anutan mereka
selepas itu.
Harus
diingat Islam datang bukan untuk menakutkan, tetapi untuk menyelamat,
mensejahterakan dan mengangkat martabat manusia dan negara. Sepatutnya
jika mereka ikhlas, mereka tidak bimbanh dengan perubahan Mesir.
Apapun kita berserah pada Allah untuk menyelamatkan negara Mesir ini. Begitu juga Syria, Palestin dan lain-lain.
Nasaie Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan