Isnin, 8 Julai 2013

Piya nafi terima tawaran lumayan dari JDT


Piya
Piya
 
KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi menafikan beliau menerima ‘tawaran lumayan’ untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.

Sebaliknya Mohd Badhri atau dikenali Piya tampil menegaskan khabar angin tersebut karut semata-mata sambil turut melahirkan kekecewaan di atas tindakan pihak tertentu menyebar berita tidak berasas itu.

“Tumpuan saya ketika ini ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia. Saingan Liga-M pun tak habis lagi, jadi ini bukan masa yang sesuai untuk kita bercakap soal perpindahan pemain,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

“Saya minta pihak berkenaan hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah menerima tawaran sedemikian sama ada daripada JDT atau mana-mana pasukan lain sebagaimana tersebar di laman sosial," tegasnya.

Piya   tumpu Piala Malaysia, enggan fikir gaji RM100,000 Piya (kiri) menerima anugerah pemain terbaik final Piala FA, bulan lalu.
 
Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi mahu memberi fokus 100 peratus kepada pasukan kesayangannya, The Red Warriors (TRW) bagi saingan Piala Malaysia dan enggan memikirkan tawaran gaji lumayan menantinya bersama pasukan lain musim depan.

“Memang tidak dinafikan kontrak saya bersama Kelantan akan tamat pada penghujung musim ini, namun saya tidak mahu memikirkan khabar angin yang mengatakan ada pasukan ingin memancing saya dengan harga tinggi, pada musim depan.
 
“Saya mahu fokus dalam membantu pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia. Khabar angin dan spekulasi seperti itu adalah perkara biasa. Bagi saya masih terlalu awal untuk saya memikirkan nasib saya bersama pasukan mana untuk musim depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, terdapat banyak khabar angin di internet dan laman Facebook yang mengatakan Piya bakal dipancing pasukan lain pada musim depan.

Terbaru, ada pasukan dikatakan sedia membayar gaji bulanan sehingga mencecah RM100,000 manakala bayaran perpindahan bernilai RM3 juta.

Dalam perkembangan lain, pemain tengah itu kecewa kerana tidak dapat menyertai skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan dengan dua kelab gergasi Eropah, Chelsea pada 21 Julai dan Barcelona, 10 Ogos kerana kecederaan paha kiri.
 
Doktor minta saya berehat lebih daripada dua minggu untuk pulih sepenuhnya. Memang tidak dinafikan perasaan kecewa apabila tidak dapat menimba pengalaman berharga menentang dua kelab gergasi Eropah itu,” katanya. 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...