Josep Guardiola.
Guardiola diyakini mampu membawa lebih kejayaan buat Bayern.
 
PEMAIN Bayern Munich yakin Die Roten akan lebih berjaya bersama jurulatih baru, Josep Guardiola.

Biarpun menjadi pasukan pertama meraih tiga gelaran semusim, kapten pasukan Bayern, Philipp Lahm yakin ia tidak mendatangkan kegusaran dalam diri Guardiola.

“Dia adalah jurulatih berpengalaman yang akan membuatkan kami bertambah kuat.

“Setakat ini kami merupakan skuad yang sempurna buat Guardiola dan saya dapat lihat kejayaan pada musim mendatang,” katanya.

Tahun ini menjadi tahun kecermerlangan Bayern di mana mereka menjadi kelab pertama Jerman memenangi tiga piala iaitu juara Bundesliga, Liga Juara-Juara dan Piala German.