Kekerasan dan
pertembungan yang berlaku antara penyokong dan penentang presiden Mursi
terus menjadi tumpuan awam antarabangsa. Majlis tentera Mesir melakukan
rampasan kuasa presiden pertama Mesir yang dipilih melalui pilihan raya
bersih dan adil ini.
Namun, siapa sangka,
pada masa jawatannya sebagai presiden Mesir, Muhammad Mursi dinobatkan
sebagai orang yang paling berpengaruh berada di tempay ke empat di dunia
dalam Majalah Time.
Majalah Time mendedahkan
bahawa Mursi adalah presiden pertama dari kalangan awam yang dipilih
oleh rakyat secara demokratik di Mesir. Beliau menghargai kepelbagaian
dan kemajmukan sehingga melibatkan tokoh-tokoh bukan muslim dalam
pemerintahannya. Mursi juga menolak seruan untuk berlaku represif dan
mengekang terhadap kelompok liberal mahu pun sekular.
Time juga menyebutkan
keberanian Mursi dan ketegasan dirinya berperanan dalam menghentikan
perang antara Israel dan Hamas pada perang lapan hari, November 2012.
Mursi juga kerap menyatakan seruan tegas agar presiden Syria, Bashar
Assad mengundurkan diri.
Majalah berkelas 'dunia'
ini juga menyatakan Mursi tetap menjadi individu yang sangat
berpengaruh di Timur Tengah, meskipun cabaran dalam negera terus
menghadangnya dan kemuncaknya adalah ketika ini apabila tentera
melakukan rampasan kuasa.
Diterjemahkan oleh "Wan Ridhwan" dari sumber detikislam.com, semoga Mursi selamat dari kekejaman
tentera firaun amin. Syiah dan yahudi melihat kepimpinan khilafah akan
mencampakkan mereka ke pintu neraka. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ
بالـصـواب
Tiada ulasan:
Catat Ulasan