California: Seorang
wanita California yang dituduh memotong kemaluan suaminya sebelum
mencampak ke dalam tong sampah dihukum penjara seumur hidup.
Catherine
Kieu, 50, didapati bersalah terhadap tuduhan mendera dan menyebabkan
kecederaan teruk dalam serangan 11 Julai 2011 dihukum penjara seumur
hidup tetapi layak mendapat parol selepas tujuh tahun.
Mangsa
yang dikenali sebagai Glen sepanjang perbicaraan berkata di perkarangan
mahkamah: “Saya berharap ini kali terakhir saya melihatnya. Saya berasa
lega dan hari ini amat sedih bagi saya.” Dalam kejadian itu, mangsa
dimasukkan ke hospital tetapi usaha menyambung semula kemaluannya gagal.
Catherine bertindak melakukan kekejaman itu sebagai membalas dendam selepas suaminya menuntut cerai.
Serangan berkenaan dilakukan dua bulan selepas Glen memfailkan tuntutan itu di mahkamah.
Mangsa
yang berusia 60 tahun memberitahu mahkamah ketika perbicaraan,
kemaluannya tidak boleh disambung semula menyebabkan dia merasakan
dirinya sudah mati. - TS
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan